ENTERTAINMENT
Ernie Zakri hiasi papan iklan Times Square buat kali kedua

Pengiktirafan berprestij ini datang dari EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia.
UNTUK kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri dipaparkan di papan iklan ikonik Times Square, New York.
Ringkasan AI
- Untuk kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri dipaparkan di papan iklan ikonik Times Square, New York, melalui inisiatif EQUAL Spotify yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia.
- Lagu "Masing Masing" hasil kolaborasi Ernie dan Ade Govinda berjaya menduduki pelbagai carta teratas di Spotify Indonesia, termasuk senarai Top Songs dan Viral 50.
- Ernie merupakan antara artis Malaysia dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi di Spotify, iaitu 3.1 juta.
- Ernie menyatakan rasa syukurnya di Instagram dengan menulis, -Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi.-
Kali pertama Ernie muncul di papan iklan tersebut ialah pada Mei tahun lalu.
Selain dipaparkan di Times Square, lagu Masing Masing hasil kolaborasi Ernie dan Ade Govinda, terus mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa, terutamanya di Indonesia.
Lagu itu berjaya menduduki pelbagai carta teratas di platform Spotify Indonesia, termasuk senarai Top Songs dan Viral 50.
Ernie juga merupakan antara artis Malaysia dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi di Spotify, iaitu 3.1 juta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami