awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop

Gempak
Gempak
21/11/2024
03:00 MYT
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Lagu hits nyanyian Ernie Zakri iaitu 'Masing Masing' berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu. - Foto Gempak
PENYANYI bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Fenomena lagu Masing Masing terus mendapat tempat di hati pendengar apabila berjaya meraih anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 yang berlangsung di Jakarta.
Lagu ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron Luka Cinta.
“Terima Kasih, Alhamdulillah ini pertama kali saya masuk di TV Indonesia. Rezeki yang luar biasa. Terima kasih semua,” ucap Ernie usai diumum sebagai pemenang.
Masing Masing berjaya mengenepikan lagu-lagu soundtrack lain yang tidak kurang hebatnya.
Dalam anugerah penuh gemilang itu, Ernie Zakri dan Ade Govinda turut tampil membuat persembahan di atas pentas.
Lebih membanggakan, Ernie Zakri adalah artis Malaysia yang pertama yang memenangi anugerah dalam SCTV Awards 2024 dan merupakan satu-satunya yang mewakili Malaysia.
Untuk rekod, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut pernah mencipta kemenangan apabila meraih anugerah Artis Asing Paling Ngetop di SCTV Music Awards pada 2004.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Ernie Zakri
#Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
#lagu Masing Masing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan