awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erra Fazira tidak tahu menahu hal rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila

Faida Rahim
Faida Rahim
26/02/2023
10:00 MYT
Erra Fazira tidak tahu menahu hal rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila
Erra Fazira menegaskan, dia enggan masuk campur atau terlalu mengambil tahu mengenai spekulasi rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila yang dilaporkan berantakan. - Gambar ihsan MIND ORDER
KUALA LUMPUR: Artis popular tanah air, Erra Fazira menegaskan, dia enggan masuk campur atau terlalu mengambil tahu mengenai spekulasi rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila yang dilaporkan berantakan.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dia hanya mengetahui daripada media massa berikutan dakwaan status perkahwinan ketiga Engku Emran yang menjadi tanda tanya ramai.
“Saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya. Saya menghormati kehidupan dia dan tidak pernah bertanya you ada masalah ke? You okey?... tiada,” komen Erra.
Pelakon dan penyanyi berusia 49 tahun itu berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas laporan media tempatan sejak beberapa hari lalu mengenai dakwaan hubungan Engku Emran dan Noor Nabila tidak sehaluan.
Dalam masa sama, pelakon filem Sembilu dan Maria Mariana itu yang ditemui di majlis pelancaran duta produk pengeluar makanan ringan berasaskan jeli jenama Captain Dolphin mengakui, dia menghormati perasaan anaknya, Engku Aleesya dengan tidak mengajukan soalan yang disifatkan sensitif memandangkan Engku Emran adalah bapa kandungnya.
“Saya tidak mahu anak saya terganggu dengan soalan ‘how’s daddy?’, ‘Is mommy okey?’. Saya buat macam biasa. Kalau dia nak share (kongsi)… dia share, tidak mengapa (kalau tidak berkongsi).
“Jika anda tanya saya, anda semua akan hampa kerana saya tidak tahu,” jelas Erra lagi.
Erra dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 dan berpisah tujuh tahun kemudian.
Menerusi perkahwinan itu, Erra dan Engku Emran dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun
Topic Berkaitan
#Erra Fazira
#Engku Emran
#Noor Nabila
#rumah tangga Engku Emran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan