ENTERTAINMENT
Eyka Farhana & Akhyar Rashid naik pelamin lagi, majlis resepsi tema tradisional Melayu

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid menarik perhatian ramai dengan satu lagi majlis resepsi berkonsepkan tradisional Melayu di Kota Bharu, Kelantan. -Gempak
PELAKON Eyka Farhana dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengadakan satu lagi majlis resepsi, berkonsepkan tradisional Melayu.
Ringkasan AI
- Eyka Farhana dan Akhyar Rashid menarik perhatian ramai dengan satu lagi majlis resepsi berkonsepkan tradisional Melayu di Kota Bharu, Kelantan.
- Pasangan ini telah mengadakan beberapa majlis perkahwinan termasuk akad nikah tertutup, majlis beach wedding, malam berinai bertema Bollywood, dan majlis bertandang di Kedah.
- Netizen kagum dengan jumlah majlis yang diadakan, menyifatkannya sebagai impian ramai dan menghargai usaha pasangan ini meraikan keluarga serta kenalan di lokasi berbeza.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah jumlah majlis yang telah mereka adakan sejak sah bergelar suami isteri.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen tampil meluahkan rasa kagum dengan majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Sebelum ini, Eyka dan Akhyar telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup.
Tidak lama selepas itu, pasangan sama cantik sama padan ini mengadakan majlis ‘beach wedding’ serba eksklusif di sebelah pihak Eyka, lengkap dengan suasana ala-ala Maldives.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga meraikan malam berinai dalam tema Bollywood glamor, yang turut mendapat pujian ramai kerana penampilan unik dan elegan Eyka dalam persalinan rona keemasan yang memukau.
Kemudian, pasangan ini turut diraikan dalam majlis bertandang di Kedah, iaitu di pihak keluarga lelaki.
Untuk majlis itu, Eyka tampil dalam busana songket biru lembut dengan elemen tradisional yang masih mengekalkan gaya anggun dan sopan.
Kini, dengan tambahan resepsi tradisional di Kelantan, menjadikan jumlah keseluruhan majlis perkahwinan mereka terus menjadi bualan ramai.
Apa pun, tahniah buat Eyka dan Akhyar. Semoga bahtera perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi bahagia dan dirahmati. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami