awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil jumpa anak, sempat 'ajuk' babak filem terbaharu

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2023
10:30 MYT
Farid Kamil jumpa anak, sempat 'ajuk' babak filem terbaharu
Dalam klip video seminit yang dimuat naik ke Instagram Story, Farid dilihat meluangkan masa bersama Muhammad di sekitar Masjid Negara. - Gempak
SELEPAS hampir sebulan mendakwa tidak dapat berjumpa anak-anak, pelakon dan pengarah Farid Kamil hari ini memuat naik video bersama anak sulungnya, Muhammad.
Dalam klip video seminit yang dimuat naik ke Instagram Story, Farid dilihat meluangkan masa bersama Muhammad di sekitar Masjid Negara.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jika ia video lama atau yang baru dirakam hari ini.
Apa yang menarik, Muhammad dilihat seolah-olah melakonkan babak dalam filem yang dibintangi bapanya, Anwar: The Untold Story yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Malah Farid sendiri turut melafazkan dialog yang cukup sinonim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, watak yang dimainkannya dalam filem berkenaan.
"Jangan kita biarkan kezaliman dalam bentuk apa sekali pun, jangan biarkan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
"Muhammad, reformasi!" kata Farid.
Terdahulu, media melaporkan Farid mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu dan berhubung dengan anak-anaknya, Muhammad, 10 dan Aurora, 8.
Ia susulan konflik rumah tangganya dengan Diana Danielle, yang memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan lalu.
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#pelakon
#Diana Danielle
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan