awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasha Sandha sanggup ‘terbang’ ke Bali demi Luna Maya

Gempak
Gempak
08/05/2025
10:34 MYT
Fasha Sandha sanggup ‘terbang’ ke Bali demi Luna Maya
Fasha meluahkan rasa syukur kerana Luna akhirnya bertemu jodoh, dan meskipun jarang bertemu, mereka tetap berhubung. - Gempak
DEMI sahabat baik, pelakon Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia untuk meraikan majlis bahagia aktres terkenal Indonesia iaitu Luna Maya dengan pasangannya, Maxime Bouttier.

Ringkasan AI
  • Pelakon Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali untuk meraikan perkahwinan sahabat baiknya, Luna Maya, dengan Maxime Bouttier setelah berkawan lebih 20 tahun.
  • Fasha meluahkan rasa syukur kerana Luna akhirnya bertemu jodoh, dan meskipun jarang bertemu, mereka tetap berhubung serta saling menyokong antara satu sama lain.
  • Fasha turut mengajak orang ramai mendoakan agar Luna segera dikurniakan cahaya mata, kerana itu merupakan impian Luna selepas berkahwin.

Luah rasa syukur
Sudah berkawan sejak lebih 20 tahun, Fasha meluahkan rasa syukur apabila Luna akhirnya bertemu jodoh dan berkahwin seperti yang diimpikan.
“Sejak 2001, tak selalu jumpa sebab dah lama tak pergi Jakarta dan dia pun tak datang KL. Tapi selalu berhubung. Gembira dia ingat kita untuk majlis bahagianya.
“Dia selalu cakap entah bila dia nak kahwin, tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah,” kongsinya.
Anak-anak nak ikut
Gembira dapat hadir ke majlis perkahwinan Luna, Fasha memberitahu anak-anak mahu mengikutinya ke Indonesia namun masa tidak bersesuaian.
“Paling penting, saya bangga dapat jadi sebahagian daripada hari bahagianya. Semua majlis dia jemput, nikah, sanding dan semua. Tapi masa hanya mengizinkan ke makan malam pukul 6.30 petang.
“Ini pun jenuh pujuk anak-anak semua merengek nak ikut, mana boleh. Sekolah tak boleh ponteng,” katanya.
Doa cahaya mata
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut mengajak semua orang mendoakan agar Luna dikurniakan cahaya mata dengan cepat.
“Joint pengikut tolong doakan cepat-cepat Luna dapat baby. Dia cakap itu impian dia lepas ini, langsung nak cepat hamil. Amin,” katanya.
Dengan sekali lafaz, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Rabu.
Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#perkahwinan Luna Maya
#Bali Indonesia
#aktres popular Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan