ENTERTAINMENT
Fattah Amin, Fazura memadu asmara di Eropah

Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah. - Foto: Instagram/@missfazura
Cerita pasangan serasi yang mendirikan rumah tangga dalam satu acara tertutup nampaknya masih belum reda di kalangan peminat mereka.
Gerak-geri pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun masih diikuti ramai oleh peminat dan pengikut mereka terutamanya di laman media sosial.
Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah.
Selepas Fazura memuat naik 'story' di Instagramnya, netizen turut mengucapkan selamat jalan buat pasangan tersebut menikmati musim-musim bahagia mereka.
BACA: Mereka mendirikan rumah tangga beberapa hari selepas mengumumkan talian pertunangan mereka setelah mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami