awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fazura terima tawaran berlakon lima filem di Indonesia

Gempak
Gempak
08/11/2016
12:24 MYT
Fazura terima tawaran berlakon lima filem di Indonesia
Pelakon yang popular menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memberitahu buat masa ini dia mahu fokus kerjayanya di sana selagi ada peluang.
PELAKON dan penyanyi Fazura kini melebarkan sayapnya ke Indonesia apabila mendapat tawaran berlakon lima buah filem di sana. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata dia kini kerap ke negara jiran itu demi tugasan seninya. “Alhamdulillah rezeki saya murah di Indonesia sekarang. Kini hampir setiap dua bulan saya akan ke sana. "Insya-Allah bulan depan saya bakal menjalani penggambaran filem ketiga di sana. "Malah, secara kasarnya untuk tahun hadapan sahaja saya sudah menerima lima tawaran untuk membintangi filem di sana,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui. Fazura sebelum ini telah menjalani penggambaran filem Warkop Reborn di Indonesia pada Jun baru-baru ini. Pelakon yang popular menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memberitahu buat masa ini dia mahu fokus kerjayanya di sana selagi ada peluang. "Buat masa ini, saya akui saya menerima banyak tawaran berlakon di sana berbanding di Malaysia. "Saya pun faham keadaan industri filem Malaysia yang semakin menurun, ditambah pula dengan masalah ekonomi yang kita alami sekarang," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Fazura bakal merakamkan album baru yang akan berkolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani.
Topic Berkaitan
#Fazura
#Indonesia
#lima buah filem
#Nur Fazura Sharifuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan