awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFM28: Finas akur keputusan buka Anugerah Filem Terbaik - Kamil Othman

Bernama
Bernama
11/08/2016
02:03 MYT
FFM28: Finas akur keputusan buka Anugerah Filem Terbaik - Kamil Othman
KAMIL: Keputusan kementerian itu juga tidak membawa perubahan besar dalam proses penjurian bagi Anugerah Filem Terbaik FFM ke-28 yang akan diadakan di KLCC pada 1 hingga 3 September depan. - Gambar fail
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akur dengan keputusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka penyertaan Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) kepada semua penggiat industri itu.
Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman berkata susulan itu, Finas akan mengadakan mesyuarat anggota lembaga pengarahnya hari ini bagi membincangkan secara lanjut mengenai perkara itu.
"Kita akur...esok board meeting berjumpa bagi melihat langkah seterusnya termasuk sebarang perubahan yang mungkin perlu dilakukan," katanya kepada Bernama selepas mengambil bahagian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama di sini, malam tadi.
Kamil berkata keputusan kementerian itu juga tidak membawa perubahan besar dalam proses penjurian bagi Anugerah Filem Terbaik FFM ke-28 yang akan diadakan di KLCC pada 1 hingga 3 September depan.
BACA: Finas umum perubahan kategori di FFM28
BACA: FFM28: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi
BACA: Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu
BACA: Saya akan teliti isu kontroversi FFM28 - Salleh Said
"Kita akan mencari mekanisme terbaik dalam memilih 10 filem (lima dalam Bahasa Malaysia dan lima dalam bukan dalam Bahasa Malaysia) untuk memilih satu yang terbaik," katanya.
Bagi Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan yang baharu diwujudkan, beliau berkata pihaknya akan melihat filem yang benar-benar memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam karya mereka.
"Kita akan bincang untuk naikkan syarat penggunaan Bahasa Kebangsaan kepada 80 peratus berbanding 70 peratus sekarang (untuk kategori itu)," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berhubung isu pemisahan kategori filem yang dipertandingkan dalam FFM yang mendapat reaksi pelbagai pihak.
Dalam kenyataan itu, Salleh turut mengumumkan pewujudan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada festival anjuran Finas itu.
Topic Berkaitan
#Anugerah Filem Terbaik
#FINAS
#Kamil Othman
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan