FIFA 2018 terbitan Electronic Arts telah berjaya merangkul Anugerah Rangkaian PlayStation di Playstation Awards 2018 yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada Isnin.

Kemenangan itu berdasarkan jualan tertinggi permainan video tersebut di rangkaian internet bagi tempoh 1 Oktober 2017 sehingga 30 September 2018.

FIFA 2018 telah berjaya dijual 24 juta salinan sejak dipasarkan September tahun lepas.

Francais FIFA telah berjaya menjual lebih kurang 260 juta unit dan menjadikan ia satu pemainan video sukan yang mendapat paling banyak sambutan.

Turut memenangi anugerah tersebut ialah permainan video Fornite terbitan Epic Games dan Monster Hunter World terbitan CapCom.

Sementara itu, God Of War terbitan SCE Santa Monica Studio berjaya memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pilihan Pengguna dan Anugerah Emas.

Antara anugerah lain yang di pertandingkan ialah Anugerah Platinum,Anugerah Pilihan Pengguna, Anugerah PlayStation VR dan Anugerah Indies dan Pemaju.

Anugerah ini merupakan usaha PlayStation mengiktiraf permainan video yang telah dijual dalam format PlayStation.

Playstation Awards 2018 telah diacarakan oleh Jon Kabira dan juga model, Hatsune Matsushima.

Acara ini telah diadakan di Grand Prince Hotel New Takanawa, Tokyo Jepun dan juga secara siaran langsung di Saluran Youtube Playstation Jepun.