KUALA LUMPUR: Selepas dikecam ekoran laporan yang mendakwa filem The Batman diulang semula tayangannya gara-gara adanya orang kenamaan (VIP) yang datang lambat, pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.
Dalam satu kenyataan, TGV memberitahu, filem tersebut perlu dimulakan kembali tayangannya bukan disebabkan kelewatan VIP tetapi disebabkan masalah teknikal.
TGV menyatakan, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut dan mendapati isu teknikal di dewan IMAX di TGV Vivacity membuatkan ia perlu diulang semula tayangannya.
“Kelewatan sesi tayangan disebabkan isu teknikal di dewan IMAX kami, dan bukan disebabkan oleh ketibaan VIP yang lewat seperti yang salah dilaporkan melalui beberapa media.
“Di TGV, kami menghormati dan melayan semua tetamu kami secara sama rata dengan keutamaan.
“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa keputusan untuk memulakan semula filem itu tidak dipengaruhi oleh kelewatan VIP dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata kenyataan tersebut.
TGV juga memaklumkan, walaupun isu teknikal sudah diperbetulkan, timbul pula masalah komunikasi antara pekerja untuk membenarkan tayangan jam 7.15 malam dimulakan tepat pada masanya.
“Ia menyebabkan pertunjukan pada jam 7.15 malam ditangguhkan. Pada ketika itu, 20 peratus penonton sudah memasuki dewan manakala baki 80 peratus masih menunggu di foyer dan masuk selepas tayangan dimulakan.
“Kami mengakui keputusan untuk berhenti dan memulakan semula filem itu menyusahkan pelanggan kami.
“Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan awal kami, ini bukan dasar penyaringan kami. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya.
Selain itu, sebagai tanda permohonan maaf, TGV juga menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas.
Sebelum ini, terdapat aduan yang mendakwa tayangan filem The Batman di TGV Vivacity pada 5 Mac lalu dimulakan semula selepas 45 minit disebabkan beberapa VIP yang tiba lewat.
TGV juga menerusi satu kenyataan awal tampil memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan filem 'The Batman' terpaksa ditayang semula dari awal gara-gara kelewatan tetamu kenamaan (VIP) selepas 45 minit ditonton.
Astro Awani
Mon Mar 07 2022
Selain itu, sebagai tanda permohonan maaf, TGV juga menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas. - Gambar fail
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Joko Widodo telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025.
Baki dua hari, bancian Sabah capai 98.2 peratus
Banci pertanian 2024 yang akan tamat pada 10 Oktober ini telah mencapai 98.2 peratus di negeri Sabah, sementara bagi seluruh negara adalah sebanyak 96.4 peratus.
Belanjawan 2025 diharap ambil kira keperluan industri media di Sabah
Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui berkata pengamal dan industri media di negeri itu perlu diberi galakan berupa insentif dan subsidi memandangkan prasarana telekomunikasinya masih ketinggalan berbanding di Semenanjung disebabkan keadaan geografi dan topografinya.
Kes demam denggi meningkat pada ME39, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,760 kes pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 September lepas berbanding 1,514 kes pada minggu sebelumnya.
SPRM tahan dua individu termasuk seorang datuk
Kedua-dua suspek lelaki dan wanita ini masing-masing berjawatan sebagai pengerusi dan pengarah sebuah syarikat yang menguruskan pembelian dan penjualan minyak diesel bersubsidi.
Sarawak Metro sertai pelancaran kereta api hidrogen dan ART terbaharu CRRC
Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) telah diberi penghormatan untuk bersama-sama dalam pelancaran kereta api terbaharu CRRC Corporation Limited, bersempena pameran InnoTrans 2024 di Berlin, baru-baru ini.
Sarawak komited kuasai industri aeroangkasa
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata komitmen Sarawak diserlahkan dengan melatih generasi baharu untuk terlibat dalam pelbagai sektor industri termasuk berkaitan teknologi pesawat, dron, roket dan satelit.
Tidak perlu tunggu geran tanah laksana Projek Persekutuan - Hajiji
Projek pembangunan Persekutuan seperti sekolah dan klinik di Sabah boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu geran tanah selagi tanah berkenaan diwartakan untuk tujuan itu.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.
The Batman kini boleh distrim di HBO GO
The Batman diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures, DC Films, 6th & Idaho, and Dylan Clark Productions dan diedarkan oleh Warber Bros Pictures.
Filem 'The Batman' dimulakan semula kerana masalah teknikal, bukan VIP tiba lewat - TGV
TGV menjelaskan filem tersebut perlu dimulakan kembali tayangannya bukan disebabkan kelewatan VIP tetapi disebabkan masalah teknikal.
Alami dunia Batman di Sunway Pyramid
Ia adalah satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem Batman terbaharu.
Treler baharu 'The Batman' papar sisi gelap Robert Pattinson sebagai adiwira
'The Batman' akan mula menemui peminat di pawagam pada 4 Mac 2022.
Robert Pattinson dilapor positif COVID-19, penggambaran 'The Batman' ditangguh
Sesi penggambaran "The Batman" yang bermula September tahun lalu tertangguh pada Mac tahun ini susulan pandemik.
Bagaimana karisma Robert Pattinson? Trailer 'The Batman' sudah raih lebih 16 juta tontonan
Filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19
Matt Reeves membuat pengumuman itu pada Rabu sebagai reaksi kepada pertanyaan peminat sama ada filem itu ditangguh akibat pandemik COVID-19.