FILEM arahan pertama Jin Ong berjudul Abang Adik terus melakar sejarah di Taiwan apabila menjadi filem Malaysia pertama yang mencatat rekod pecah panggung dengan kutipan NT$40 juta (RM6.5 juta).
Ong yang merupakan anak kelahiran Taiping, Perak tidak dapat menahan sebak sebaik saja diumumkan tentang berita berkenaan daripada pihak penayangan filem di Taiwan.
"Saya menangis kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami berjaya meraih RM2.2 juta. Semasa di Taiwan saya juga menangis selepas mendapat berita itu. Semua filem Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan sebelum ini masih tiada rekod ini.
"Sebenarnya saya juga takut untuk tayangkan filem Abang Adik di sana kerana ia mungkin jadi seperti filem-filem lain sebelum ini. Tapi, sejak ditayangkan, ia sering diperkatakan penonton di sana.
"Disebabkan itu perasaan kami sudah berubah, tapi tidak menyangka boleh meraih kutipan yang baik hanya selepas tiga hari ditayangkan. Jadi, apabila tadi pihak dari Taiwan maklumkan kepada saya mengenai perkara ini, saya sangat seronok," katanya kepada Gempak.
Ong ditemui pada sesi tayangan dan sidang media filem Abang Adik di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Terdahulu, filem Abang Adik yang ditayangkan di Taiwan bermula 1 Disember lalu mendominasi carta pecah panggung negara itu pada minggu pertama dengan kutipan sebanyak NT$15mil (RM2.22 juta), sekali gus dianggap kutipan tertinggi untuk filem Malaysia.
Abang Adik mengisahkan dua lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia, selain menjadi filem tempatan yang menggambarkan kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di Kuala Lumpur.
Filem berkenaan berkisar kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Kang Ren Wu. Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
Latar filem di kawasan Kuala Lumpur yang kurang dikenali menambahkan keaslian dan keunikan naratifnya, menjadikannya satu naskhah penting dalam industri perfileman Malaysia.
Bulan lalu, Kang Ren memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Golden Horse Ke-60 untuk peranannya sebagai lelaki bisu dalam filem itu.
Filem itu juga mencipta sejarah sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menyapu bersih tiga hadiah utama di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali pada April lalu.
Naskhah itu juga berjaya membawa pulang trofi Golden Mulberry, Black Dragon Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik.
Filem Abang Adik dijangka memulakan tayangan pada 14 Disember di 82 pawagam seluruh negara.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Dec 14 2023
Abang Adik mengisahkan dua lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia, selain menjadi filem tempatan yang menggambarkan kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di Kuala Lumpur. - Foto Gempak
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia! #JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia!
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Polis tahan Rajesh Kapoor curi barang kemas penumpang dalam 200 penerbangan
Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
[TERKINI] Setiap pokok terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula.
Filem Malaysia Abang Adik 'box office' di Taiwan, kutip RM6.5 juta
Filem Abang Adik lakar sejarah di Taiwan apabila menjadi filem Malaysia pertama mencatat rekod pecah panggung dengan kutipan RM6.5 juta.