KOTA KINABALU: Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, maklum balas yang diterima daripada orang ramai setakat ini adalah pada tahap yang minimum.
"Ini antara kaedah untuk kita memastikan kemampanan dalam industri hidupan liar buaya di Sabah tetapi setakat ini maklum balas daripada orang ramai berhubung permohonan lesen ini masih di tahap minimum.
"Besar harapan saya agar langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan konflik antara manusia dan buaya tetapi juga membuka pintu kepada peluang baharu seperti pelancongan dan pengeluaran barangan mewah, sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan kita," katanya ketika berucap pada Bengkel Mengurus Konflik Manusia - Buaya di Sabah anjuran JHL di sin pada Selasa.
Teks ucapan beliau sebelum itu dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Mary Malangking.
Bengkel selama dua hari itu dihadiri kira-kira 100 peserta yang membincangkan tentang keseimbangan antara keselamatan manusia, kehidupan dan pemeliharaan buaya serta hubungan harmoni antara manusia dan haiwan itu di Sabah.
Christina juga percaya, dengan memanfaatkan sumber alam secara mampan akan membawa manfaat kepada rakyat Sabah.
"Jadi di masa hadapan, buaya bukan lagi haiwan yang digeruni tetapi dihargai oleh penduduk setempat," katanya.
Sehubungan itu, peserta bengkel diingatkan mengenai matlamat mereka untuk meredakan ketakutan pada buaya sambil memastikan pemuliharaan pada habitat semula jadi haiwan tersebut.
Beliau mengakui bahawa buaya adalah haiwan yang digeruni sejak turun menurun dan menjadi ancaman kepada kehidupan serta mata pencarian manusia.
"Jadi penting untuk kita mengekalkan kesihatan ekosistem ini dan sebagai sumber yang berpotensi untuk meningkatkan kehidupan masyarakat tempatan kita.
"Jelas terdapat jurang yang ketara dalam pemahaman masyarakat kita tentang konflik yang semakin meningkat antara manusia dan buaya.
"Oleh itu, tindakan dan platform diperlukan untuk merapatkan jurang ini dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran pelbagai pihak," katanya.
Untuk rekod, sebanyak 404 kes serangan buaya dilaporkan di Sabah antara 2019 hingga Mei 2024 di mana sebanyak 211 buaya ditembak mati dalam tempoh itu, manakala 42 mangsa terbunuh dan 23 cedera akibat diserang reptilia berkenaan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 15 2024
Untuk rekod, sebanyak 404 kes serangan buaya dilaporkan di Sabah antara 2019 hingga Mei 2024. - Gambar hiasan/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.