awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem taruhan Oskar Indonesia, "Sang Kiai" menang Filem Terbaik FFI

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2013
04:37 MYT
Filem taruhan Oskar Indonesia, "Sang Kiai" menang Filem Terbaik FFI
Filem yang mengisahkan tentang Mohammad Hasyim Ashari atau Kiai Haji Mohammad Hasyim Ashari Sang Kiai diumumkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia malam tadi.
Filem arahan Rako Prijanton itu menewaskan filem popular seperti Habibie & Ainun, 5cm, Laura & Marsha dan Belenggu.
Rako Prijanto turut membawa pulang trofi Citra Pengarah Terbaik , Adipati Dolken (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Yusuf A Pattawari (Penata Suara Terbaik).
Sang Kiai merupakan taruhan Indonesia untuk pencalonan Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi tahun hadapan.
Sementara itu, pelakon prolifik Reza Rahadian memenangi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Habibie & Ainun. Reza yang membawakan watak bekas Presiden BJ Habibie berjaya menewaskan lakonan Lukman Sardi (Rectoverso), Abimana Aryasatya (Belenggu).
Filem paling laris tahun ini, Habibie & Ainun tidak pulang kecewa apabila turut membawa pulang trofi Citra untuk kategori Penulis Skenario Terbaik (Ginatri S Noer & Irfan Ardiansyah Ismail) dan Perancang Busana Terbaik (Retno Ratih Damayanti)
Pelakon Adinia Wirasti membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Laura & Marsha dan pelakon terkenal Jajang C Noer membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Cinta Tapi Beda.
Filem kegemaran ramai, 5cm tidak pulang tangan kosong apabila keindahan Gunung Semeru yang dirakamkan dalam filem tersebut diiktiraf sebagai Pengarah Sinematografi Terbaik (Yudi Datau).
Festival Filem Indonesia berlangsung di Marina Bay Convention Centre, Semarang malam tadi.
Topic Berkaitan
#5cm
#Habibie & Ainun
#Reza Rahadian
#Sang Kiai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan