KUALA LUMPUR: Sebuah karya sinematik berbahasa Tamil, Vijay LLB The Advocate kini sedia menemui peminat di pawagam di seluruh negara bermula 1 Ogos ini.
Sekali pandang pada judulnya, pastinya penonton dapat menggambarkan filem itu membawa naratif perundangan, namun Vijay LLB The Advocate menjanjikan lebih daripada itu.
Berbeza dengan karya tempatan Tamil yang lain, Vijay LLB The Advocate membawa jalan cerita yang boleh dikatakan keluar dari kotak minda kebiasaan pengkarya drama tempatan.
Ini merupakan filem Tamil tempatan yang pertama mengisahkan cerita di sebalik tabir mahkamah.
Menggabungkan elemen drama dan thriller, Vijay LLB The Advocate bukan sahaja mengangkat 'pergolakan' mahkamah ke layar perak tetapi juga menawarkan realiti kehidupan yang cukup menarik.
Filem yang diadaptasi daripada kisah sebenar sebuah novel dan disesuaikan dengan sentuhan elemen tempatan itu memiliki mesej serta pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.
Plot penceritaannya bermula dengan pembunuhan seorang pelajar kolej dan susulan itu seorang pensyarah bernama Venthan dikaitkan dengan insiden itu.
Meskipun semua bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan di mahkamah mendedahkan Venthan adalah pembunuh, namun ia tidak meyakinkan Vijay (peguam-pelakon utama).
Jadi dia terpanggil untuk membantu dan merungkai kebenaran di sebalik pembunuhan itu.
Vijay dan Venthan merupakan rakan sewaktu zaman kanak-kanak namun sudah lama tidak berhubung.
Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik pembunuhan itu dan apakah Vijay mampu merungkai kisah sebenar?
Astro AWANI berkesempatan menemu bual penyampai radio Raaga, Astro, Uthaya, yang membawa watak utama sebagai Vijay dalam filem itu.
Menurutnya, selain memiliki plot penceritaan yang luar biasa, terdapat beberapa mesej penting turut diselitkan, yang boleh dirungkai kebenarannya oleh penonton.
"Saya memberi jaminan Vijay LLB ini bukan sahaja menimbulkan rasa dramatik malah penonton pastinya akan rasa ingin tahu apa yang bakal berlaku dalam babak seterusnya," katanya baru-baru ini.
Uthaya yang juga produser filem itu berkata, deretan plot yang suspen itu bakal membuat penonton tidak 'senang' duduk.
Lebih menarik lagi, kumpulan orkestra berprestij di Hungary, Budapest Philharmonic turut mempamerkan genre muzik yang menakjubkan dalam filem itu.
Filem berdurasi 2 jam 5 minit itu dijangka membawa fenomena dalam landskap perfileman muzik tempatan kerana turut digabungkan dengan komposer muzik terkenal dari India, G. V. Prakash Kumar, yang membawa sebuah lagu.
Sebagai kelainan, tiga hari sebelum filem arahan M. Mathialagan itu ditayangkan, iaitu pada 28 Julai, 1,111 penonton diberi peluang menonton filem itu lebih awal menerusi Gala Premiere Show di MBO Quayside Mall, Shah Alam pada pukul 3 petang.
Umavathi Ramayah
Sun Jul 28 2024
Uthaya memberitahu, Vijay LLB The Advocate bukan sahaja mengangkat 'pergolakan' mahkamah ke layar perak tetapi juga menawarkan realiti kehidupan yang cukup menarik. - Foto UK Media
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Filem Vijay LLB The Advocate, lakonan Raaga Uthaya 'berhujah' di pawagam 1 Ogos ini
Sebuah karya sinematik berbahasa Tamil, Vijay LLB The Advocate kini sedia menemui peminat di pawagam di seluruh negara bermula 1 Ogos ini.