awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas kecewa platform e-dagang jual filem cetak rompak, 'Keluarga Iskandar' antara mangsanya

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
03/08/2020
09:15 MYT
Finas kecewa platform e-dagang jual filem cetak rompak, 'Keluarga Iskandar' antara mangsanya
Ahmad Idham menjelaskan pihaknya akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak. - Bernama
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang membuat siasatan berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.
Beliau menjelaskan pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.
"Kami akan menyiasat dua pihak iaitu pihak e-dagang dan mereka yang menjual filem-filem tersebut.
"Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem-filem tersebut.
"Berdasarkan laporan yang kami terima, mereka tidak mendapat kebenaran dari penerbit untuk menjual filem-filem tersebut," katanya kepada Astro AWANI.
Finas kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.
Finas kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.
Mengulas lanjut, Ahmad Idham menjelaskan pihaknya akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang berkenaan sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak.
Selain itu, beliau juga menegaskan Finas rasa tercabar apabila ada pihak yang berani menjual filem-filem cetak rompak secara terbuka.
"Kita nak tahu sama ada pihak-pihak platform e-dagang ini, sama ada mereka tahu atau tidak bahawa produk-produk yang dijual itu setengahnya adalah produk cetak rompak.
"Jadi kita (Finas) rasa tercabar apabila mereka secara terbuka menjual filem cetak rompak itu," katanya lagi.
Filem Ada Apa Dengan Dosa turut menjadi mangsa cetak rompak dan dijual di platform E-Dagang
Filem Ada Apa Dengan Dosa turut menjadi mangsa cetak rompak dan dijual di platform E-Dagang
Beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dan Ada Apa Dengan Dosa dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas dari pihak Shopee berhubung perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#Ada Apa Dengan Dosa
#Ahmad Idham Nadzri
#Astro First
#Cetak rompak
#E-dagang
#filem
#FINAS
#Keluarga Iskandar
#Shopee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan