HIBURAN
Fonetik Anak Candal eksperimentasi Pitahati

Bermula dengan minat mendalam terhadap muzik, bermain gitar di dalam bilik kemudian mahu berekperimen dengan alat-alat muzik, lima anak muda yang punya citarasa sama dalam muzik sepakat menubuhkan sebuah kumpulan muzik untuk meneroka pelbagai bunyian yang berbeza dalam menghasilkan lagu.
Lima anak muda ini, kemudiannya memilih nama Pitahati sebagai nama kumpulan mereka. Ilham, Yassin, Zahar, Masrin dan Hidayat, lima anak muda yang sering tidak puas meneroka dan mencuba bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat muzik yang mereka mainkan.
Pada mulanya Aslanya, Ilham dan Yassin daripada kumpulan Hati telah bergabung dengan Zahar dan Masrin daripada kumpulan Ilustrasi. Mereka memilih nama Pitahati untuk kumpulan baru ini. Setelah Hidayat menyertai kumpulan mereka, nama kumpulan ini bertukar sekali lagi menjadi Pitahati.
Kini Pitahati tampil dengan sebuah album Fonetik Anak Candal yang memuatkan 10 buah lagu.
Sebelum ini mereka pernah menghasilkan sebuah ‘mini album’ yang memuatkan lima buah lagu.

Pitahati
"Album ini mempunyai 10 buah lagu, tiga daripadanya adalah daripada album kami sebelum ini. Kami mengambil masa setahun untuk siapkan album ini.
"Masa kami merakam EP itu, kami sudahpun merakam beberapa lagu untuk album ini. Rakaman tidak mengambil masa yang lama, kira-kira dua bulan sahaja, " kata Ilham.
"Semasa kami merakam album Fonetik Anak Candal ini, bermula dari tahun 2011 ketika kami merakam EP kami, ‘set up’ bass sering berubah kerana kami ingin mencuba bunyi yang berbeza-beza,” kata Masrin.
"Kami telah melakukan pelbagai eksperimen semasa proses rakaman dibuat. Baru kami dapat fahami karakter sebenar gitar itu," tambah Masrin.
Namun terdapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa album dan muzik kumpulan Pitahati ini terlalu matang untuk pasaran.
"Kami rasa muzik kami belum matang lagi, jadi kami tak tahu macam mana orang kata muzik kami matang. Kami fikir album ini menjadi lebih komersial daripada apa yang kami inginkan" kata Yassin.
"Kami rasakan minat sahaja tidak mencukupi. Kami merasakan yang kami mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditonjolkan. Yang istimewa itu adalah muzik kami, kata Masrin.
"Pada mulanya kami bereksperimen dengan alat muzik yang menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza. Kami telah gabungkan bunyi-bunyi ini untuk dijadikan sebuah lagu. Mungkin akan ada sesuatu yang berbeza pada masa yang akan akan,” kata pemain gitar Zahar.
"Kami merancang untuk mengadakan tour di seluruh Malaysia bermula dari utara," kata Yassin.
Album ini boleh dikatakan merupakan sebuah album yang wajib dimiliki. Mungkin terdapat pelbagai pandangan yang berbeza terhadap album ini tetapi apa yang penting adalah keinginan anak-anak muda ini untuk menghasilkan sebuah album sebegini.
Walaupun mereka menghadapi pelbagai halangan dan rintangan seperti bajet dan peralatan yang tidak mencukupi, mereka tetap berjaya menghasilkan sebuah album yang boleh dibanggakan. Jika mereka boleh melakukannya, kenapa tidak yang lain? Tepuk dada, tanya selera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami