awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Gambar itu saya tak dapat dedahkan kerana..."- Farid Kamil dakwa ada bukti wujud pihak ketiga

Gempak
Gempak
29/03/2023
04:09 MYT
"Gambar itu saya tak dapat dedahkan kerana..."- Farid Kamil dakwa ada bukti wujud pihak ketiga
Farid enggan mendedahkan foto tersebut kepada umum dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada badan kehakiman. - Gempak
PELAKON popular Farid Kamil menegaskan dia mempunyai bukti bergambar mengenai dakwaan wujud campur tangan orang ketiga dalam hubungan rumah tangganya dengan Diana Danielle.
Pun begitu Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari enggan mendedahkan foto tersebut kepada umum dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada badan kehakiman.
"Saya tak keluarkan kata-kata begitu (dakwaan curang). Untuk pengetahuan semua saya ada bukti bergambar.
"Namun saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang dan akan didedahkan di mahkamah," katanya kepada Astro Gempak.
Farid ditemui ketika di set penggambaran filem Gold terbitan Astro Shaw malam semalam.
Tambah pelakon filem Anak Halal berkenaan, dia juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan ahli keluarganya.
"Macam saya kata tadi, hal yang peribadi mengenai isteri dan anak-anak, saya tak mahu ia mencetuskan persepsi yang boleh mengaibkan mereka," ujarnya.
Sementara itu, meskipun dihimpit pelbagai kontroversi terutama rumah tangganya, Farid bersyukur kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa.
"Setakat ini kerjaya dan masalah peribadi berjalan seiringan. Saya bersyukur ini semua rezeki setelah saya diuji sebelum ini," luahnya.
Farid kini sedang menjalani penggambaran filem Gold dengan membawa watak sebagai pemain badminton terkenal negara yang kini jurulatih, Datuk Rashid Sidek.
Pagi Selasa, difahamkan Farid dan Diana ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#perceraian
#bukti bergambar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan