awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Gelaran Datuk hanya bonus"- Hisyam Hamid

Gempak
Gempak
29/01/2018
14:20 MYT
"Gelaran Datuk hanya bonus"- Hisyam Hamid
Hisyam Hamid berpendapat gelaran Datuk itu memang layak diberikan kepada mereka atas hasil usaha pelakon tersebut dalam kegiatan seni dan kerja amal yang dilakukan.
PELAKON Hisyam Hamid melahirkan rasa bangga terhadap rakan-rakan dari negeri kelahirannya Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra yang telah menerima darjah kebesaran, baru-baru ini.
Hisyam Hamid berpendapat gelaran Datuk itu memang layak diberikan kepada mereka atas hasil usaha pelakon tersebut dalam kegiatan seni dan kerja amal yang dilakukan.
"Kalau tanya saya, mereka memang layak menerimanya.
"Bukan sahaja atas pencapaian mereka dalam bidang seni tetapi juga kegiatan amal yang mereka lakukan.
"Orang luar mungkin tidak nampak atau tahu mengenai kerja amal itu, jadi tak perlu hendak mempertikaikannya," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Hisyam percaya pembabitan mereka dalam industri seni bukan untuk mendapatkan penghargaan itu semata-mata.
"Saya pula belum terlintas untuk terfikir mendapat gelaran tersebut. Perjalanan saya masih jauh.
"Bagi saya gelaran Datuk itu hanya bonus.
"Itu rezeki mereka dan saya sebagai kawan turut berbangga dan akan terus menyokong perjuangan teman industri," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam supertelemovie Do[s]a yang turut membariskan pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Asharaf Sinclair, Remy Ishak dan Shenty Feliziana.
Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Adi Putra
#Astro
#Hisyam Hamid
#Remy Ishak
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan