awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gesekan biola Tun Siti Hasmah untuk Allahyarham Adib

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/12/2018
04:15 MYT
Gesekan biola Tun Siti Hasmah untuk Allahyarham Adib
TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI bersama Jamal Abdillah menjalani latihan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.
ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berhasrat mendedikasikan persembahannya bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember ini kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ditemui pada sesi latihan di Istana Budaya pada Selasa, Siti Hasmah masih diselubungi rasa sebak dengan pemergian Adib selepas tiga minggu Allahyarham bertarung nyawa akibat kecederaan parah yang dialami ketika bertugas di kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.
"Saya nak dedikasikan persembahan itu nanti kepada Adib. Saya masih tak boleh (bercakap tentang Adib), sebak sangat," katanya.
Siti Hasmah bakal mengiringi persembahan dua penyanyi legenda itu menerusi gesekan biola dalam satu segmen untuk persembahan malam VVIP pada 22 Disember ini.
Tiga lagu dipilih untuk segmen istimewa itu ialah Engkau Laksana Bulan, Fatwa Pujangga dan Gubahanku.
Konsert Duo Legenda bakal berlangsung dari 20 hingga 23 Disember ini di Istana Budaya.
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#jamal abdillah
#Konsert Duo Legenda
#Muhammad Adib
#Tun Siti Hasmah Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan