awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giliran Celine Dion pula tidak layan tawaran Donald Trump

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/12/2016
09:17 MYT
Giliran Celine Dion pula tidak layan tawaran Donald Trump
Pihak Trump gagal menghubungi Dion untuk mengadakan persembahan di acara pelantikannya, 20 Januari ini.Foto/AFP
PENGHIBUR antarabangsa, Celine Dion, dilaporkan telah menolak tawaran untuk mengadakan persembahan di acara pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, 20 Januari ini.
Portal hiburan US Weekly melaporkan, Trump melalui sahabat baiknya, Steve Wynn yang juga seorang pengusaha hotel, telah cuba menghubungi Dion, namun gagal.
Sumber terdekat dengan Dion pula memberitahu, jika Dion sudi menghiburkan tetamu di majlis itu sekalipun, ia sukar dilaksanakan memandangkan jadual penyanyi itu yang padat.
Penolakan itu menjadikan diva yang cukup terkenal dengan lagu My Heart Will Go On itu menyertai senarai panjang penghibur yang menolak jemputan Trump ke majlis tersebut.
Sebelum ini, David Foster dan Garth Brooks juga telah menolak tawaran yang sama. Bintang klasikal, Andrea Bocelli, yang sebelum ini dilaporkan telah memberi persetujuan secara lisan, juga menolak tawaran itu selepas menerima tekanan daripada para peminatnya.
Beberapa minggu lalu, penasihat politik Trump, Kellyanne Conway, telah membuat satu permintaan khas di sebuah saluran televisyen, memujuk bintang pop Justin Timberlake dan Bruno Mars agar menghubunginya untuk diberikan jemputan ke majlis berkenaan.
Namun sehingga kini, kedua-duanya tidak memberikan sebarang reaksi.
Topic Berkaitan
#Celine Dion
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan