BEVERLY HILLS: Anugerah Golden Globes ke-81 melabuhkan tirainya dengan filem Oppenheimer menang besar dalam anugerah yang menyaksikan pengiktirafan yang membanggakan dalam industri perfileman.
Selain memenangi kategori Filem Drama Terbaik, filem tersebut memenangi kategori Pengarah Terbaik (Christopher Nolan), Aktor (Drama) Terbaik (Cillian Murphy) dan Aktor Pembantu Terbaik (Robert Downey Jr).
Bagi kategori Box Office, filem Barbie arahan Greta Gerwig memenangi kategori tersebut.
Antara lain, bagi siri Drama TV Terbaik, ia dimenangi oleh drama Succession.
Siri tersebut turut memenangi kategori aktor dan aktres yang menyaksikan Kieran Culkin dan Saran Snook mengungguli bagi dua kategori tersebut.
Anugerah gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal dari seluruh dunia.
Ia diadakan di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles dan dihoskan oleh pelawak, Jo Koy.
Sebelum ini filem Barbie dan siri drama, Succession mendahului pencalonan dengan masing-masing dicalonkan bagi sembilan kategori manakala filem, Oppenheimer dengan lapan pencalonan.
Berikut senarai pemenang Anugerah Golden Globe ke-81:
FILEM
PENCAPAI SINEMATIK & BOX OFFICE: Barbie
DRAMA TERBAIK: Oppenheimer
KOMEDI ATAU MUZIKAL TERBAIK: Poor Things
AKTOR TERBAIK (DRAMA): Cillian Murphy, Oppenheimer
AKTRES TERBAIK (DRAMA): Lily Gladstone, Killers of the Flower Moon
AKTOR TERBAIK (KOMEDI ATAU MUZIKAL): Paul Giamatti, The Holdovers
AKTRES TERBAIK (KOMEDI ATAU MUZIKAL): Emma Stone, Poor Things
AKTOR PEMBANTU TERBAIK: Robert Downey Jr, Oppenheimer
AKTRES PEMBANTU TERBAIK: Da’Vine Joy Randolph, The Holdovers
PENGARAH TERBAIK: Christopher Nolan, Oppenheimer
FILEM ANIMASI TERBAIK: The Boy and the Heron
FILEM BAHASA ASING TERBAIK: Anatomy of a Fall
LAKON LAYAR TERBAIK: Justine Triet and Arthur Harari, Anatomy of a Fall
LAGU ASLI TERBAIK: What Was I Made For? by Billie Eilish and Finneas (Barbie)
SKOR ASAL TERBAIK: Ludwig Göransson, Oppenheimer
TELEVISYEN
SIRI DRAMA TV TERBAIK: Succession
SIRI KOMEDI/MUZIKAL TV TERBAIK: The Bear
AKTOR DRAMA TV TERBAIK: Kieran Culkin, Succession
PERSEMBAHAN TERBAIK BAGI KOMDEI “STAND-UP”: Ricky Gervais, Ricky Gervais Armageddon
AKTOR KOMEDI/MUZIKAL TV TERBAIK: Jeremy Allen White, The Bear
AKTRES KOMEDI/MUZIKAL TV TERBAIK: Ayo Edebiri, The Bear
AKTOR PEMBANTU TERBAIK: Matthew Macfadyen, Succession
AKTRES PEMBANTU TERBAIK: Elizabeth Debicki, The Crown
AKTOR SIRI TERHAD TERBAIK: Steven Yeun, Beef
ÁKTRES SIRI TERHAD TERBAIK: Ali Wong, Beef
FILEM TV ATAU SIRI TERHAD TERBAIK: Beef
Astro Awani
Mon Jan 08 2024
Anugerah gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal dari seluruh dunia. - Foto AP
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Golden Globes 2024: Oppenheimer menang besar, Barbie ungguli kategori Box Office
Anugerah gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal dari seluruh dunia.
COVID-19: Collin Farrell, Jamie Lee Curtis antara positif selepas hadir Golden Globe
Beberapa selebriti Hollywood dilaporkan disahkan positif COVID-19 berikutan penampilan di acara anugerah Golden Globe, baru-baru ini.
PM Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaannya meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe.
Golden Globes kembali selepas setahun
Anugerah Golden Globes kembali selepas setahun diboikot gara-gara isu etika dan perkauman.
Ini senarai pencalonan Anugerah Golden Globe 2020
Dua filem terbitan Netflix, Marriage Story dan The Irishman menguasai anugerah itu dengan pencalonan dalam enam dan lima kategori masing-masing.
Dah kenapa gadis penghidang air ini 'sungguh-sungguh menghidang' di Golden Globe?
Begitu juga seorang gadis menghidang air yang tidak melepaskan peluang keemasan untuk menjadi bintang karpet merah.
Oscar: Gary Oldman rangkul anugerah pelakon terbaik
Beliau memenangi anugerah pertamanya daripada lakonannya sebagai Winston Churchill dalam filem Darkest Hour.
Leonardo DiCaprio akhirnya menang trofi SAG
Ini merupakan kemenangan DiCaprio yang pertama di Anugerah SAG setelah dicalonkan sebanyak lapan kali sebelum ini.
#GoldenGlobes: Tegur wartawan ketika sidang media, Jennifer Lawrence dikritik 'biadap'
Pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence dikritik kerana menegur seorang wartawan untuk tidak menggunakan telefon bimbitnya pada sidang media yang diadakan selepas Anugerah Golden Globes ke-73 hari ini.
American Hustle menang besar di Anugerah Golden Globe
Amy Adams dan Jennifer Lawrence menang untuk filem mereka 'American Hustle.'