HIBURAN
Google sambut ulang tahun kelahiran Hedy Lamarr dengan Doodle

Enjin carian popular Google pada Isnin memperingati pelakon Austria, ahli sains Hedy Lamarr sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-101 dengan coretan animasi.
Enjin carian popular Google pada Isnin memperingati pelakon Austria, ahli sains Hedy Lamarr sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-101 dengan coretan animasi.
Dilahirkan pada 9 Nov 1914, Hedy muncul dalam pelbagai filem popular, termasuk Algiers (1938), I Take This Woman (1940), Comrade X (1940) dan Come Live With Me (1941).
Bukan sahaja membakati bidang lakonan, Hedy turut membangunkan kepentingan dalam ilmu pengetahuan sains aplikasi (applied science).
Hedy bukan sahaja diingati kerana kecantikan yang luar biasa, tetapi pelakon Holywood itu juga disegani kerana berjaya mendalami sistem komunikasi yang kemudian menjadi pintu utama untuk penciptaan teknologi seperti Bluetooth dan WiFi.

xx
Kredit Gambar: Google
Menurut pengarang buku Hedy's Folly: The Life and Breakthrough Inventions of Hedy Lamarr, the Most Beautiful Woman in the World, Richard Rhodes, Hedy sering berkata, “Kecantikan saya adalah satu sumpahan.”
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami