Ketiadaan bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Siti Sarah di segmen Ada Lagu Ada Lagi pada konsert keempat Ahad lalu mengundang spekulasi peminat.
Menyampaikan lagu Bunga Angkasa bersama bintang undangan Rahmad Mega, terdengar khabar yang mengatakan Sarah tidak sihat sehingga terpaksa pulang awal selepas selesainya persembahan.
Astro Gempak menghubungi suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu untuk mendapatkan kepastian mengenai khabar ini.
“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.
“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,” kata Shuib.
Dalam pada itu, Shuib turut mengakui Sarah bersedih kerana mendapat tempat kedua terendah dan hampir disingkirkan di konsert yang bertemakan DuetVaganza itu.
“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.
“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.
“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,” katanya lagi.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Gempak
Tue Nov 08 2016
Siti Sarah pitam di belakang pentas selepas selesai persembahan, menurut suaminya, Shuib.
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Azharina bakal terbit album 'live recording'
Pelantun lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar, 31, bakal menerbitkan album baharu secara 'live recording' tahun depan.
Dilamar Norman KRU, Elly Mazlein anggap rezeki Tahun Baru
Penyanyi Elly Mazlein akui telah dilamar oleh Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim untuk satu projek kerjasama dengannya pada tahun hadapan.
Cabaran sertai GV 3, Azharina korban masa bersama anak
Azharina mendedahkan antara cabaran yang dihadapi sepanjang menyertai GV 3 adalah berkorban masa bersama anaknya, Rahmat Azharin Azhar.
Azharina dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga
Azharina berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.
Ramalan juara GegarVaganza 3, kekuatan dan kekurangan finalis
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad, 4 Disember) dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
10 sebab anda perlu tonton konsert akhir GV3
Program GegarVaganza 3 (GV3) sudah menghampiri kemuncaknya. Enam bintang bakal bersaing untuk merebut tempat pertama.
GV 3: DSV umum imuniti, ada yang buat cerita Elly Mazlein diserap masuk
Pada minggu lalu penaja Gegar Vaganza (GV), Datuk Seri Vida (DSV) mengumumkan bakal menggunakan imunitinya untuk meyerap masuk bekas bintang GV 3 yang telah tersingkir.
GV 3: Pitam selepas persembahan, Siti Sarah kini beransur sihat - Shuib
Ketiadaan Siti Sarah di segmen Ada Lagu Ada Lagi pada konsert keempat Ahad lalu mengundang spekulasi peminat.
GegarVaganza buat rakyat Malaysia jadi kreatif
Sejak program realiti popular GegarVaganza musim ketiga (GV 3) ditayangkan tiga minggu lalu, berbagai-bagai kontroversi telah timbul.
GV 3: Tak jangka terkeluar, Rem redha
Rem tidak menjangkakan dirinya akan terkeluar di minggu ketiga GV 3.