awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GV4: Pernah guna nama Natasha Aminah, ini 10 fakta tentang Aishah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/12/2017
09:19 MYT
GV4: Pernah guna nama Natasha Aminah, ini 10 fakta tentang Aishah
Tahukah anda Aishah pernah menggunakan nama Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya?
KEMENANGAN Aishah di Gegar Vaganza semalam membuatkan ramai peminat, khususnya generasi baharu, kembali memutarkan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikannya.
Buat anda yang mungkin baru jatuh cinta dengan kemerduan suara Aishah, kami berikan 10 fakta tentang living legend ini sebagai informasi bersama.
1. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin berasal dari Jempol, Negeri Sembilan. Mula terlibat dalam dunia nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan, kemunculan Aishah ketika itu tidak meninggalkan impak yang besar.
2. Aishah pernah menggunakan nama Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya.
3. Aishah kemudian melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dan memiliki kelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.
4. Di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis, yang turut dianggotai penerbit dan pengkritik muzik, Paul Moss, sebagai pemain gitar.
5. Bersama The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).
6. Fenomena yang dicipta The Fan Club ketika itu cukup luar biasa, dan single "Dont Let Me Fall Alone" pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist of the Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.
7. Aishah kembali ke Malaysia pada tahun 1990 dan merakamkan album berbahasa Melayu pertamanya terbitan Allahyarham Adnan Abu Hassan.
8. Album berjudul Aishah itu meletup dengan beberapa buah lagu seperti "Janji Manismu", "Camar Yang Pulang", "Bahtera Merdeka" dan "Syurga di Telapak Kaki Ibu", yang menjadi siulan sehingga kini.
9. Sepanjang kariernya, Aishah sudah melahirkan 10 buah album.
10. Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, Aishah memaklumkan telah berkahwin kali keempat namun memilih untuk merahsiakan identiti suaminya. Melalui dua perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua anak lelaki, Armand Zahari, 24, dan Azhad Ahlami, 19.
Topic Berkaitan
#Aishah
#Gegar Vaganza 4
#hiburan
#janji manismu
#muzik
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan