Hael Husaini cerita pengalaman suami penuhi hasrat isteri sakit kanser

Hari Ini merupakan hasil kerjasama antara Hael dan Ezra Kong dalam proses penghasilannya.

Single ini boleh didengari di semua platform digital dan video liriknya pula sudah mula ditayangkan di YouTube. | Astro Awani
PENYANYI popular, Hael Husaini kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Hari Ini.

Single ini merupakan hasil kerjasama antara Hael dan Ezra Kong dalam proses penghasilannya.

Single Hari Ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mengharungi kehidupan rumah tangga dan pada masa yang sama, isterinya mengalami penyakit kanser.

Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

‚ÄĚHael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru, lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan.

"Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini, ia pasti akan diterima ramai khususnya peminat fanatik beliau.

"Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa," ujar Feros selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records.

Single ini boleh didengari di semua platform digital dan video liriknya pula sudah mula ditayangkan di YouTube.