“Itulah kali pertama saya memuat naik gambar bersama kekasih di laman Instagram dan saya tidak sangka menerima pelbagai ‘respons’ dari peminat.

“Saya juga tidak sangka apabila ada yang marah kepada saya apabila mendapat tahu saya sudah punya kekasih,” jawab Hafiz ketika bercakap mengenai foto kekasihnya yang dimuat naik di laman peribadi Instagrammnya baru-baru ini.

Menurut Hafiz lagi tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba waktu yang sesuai untuk berkongsi kebahagiaan tentang hubungan cinta yang sudah terjalin selama lima bulan itu.

“Dulu saya fikir kalau mendedahkan hal percintaan saya, perkara itu akan menggugat karier dan peminat akan ‘lari’.

“Tetapi selepas difikirkan semula, apa salahnya jika kita berkongsi benda baik. Tapi saya tidak akan bercerita secara terperinci tentang dia (kekasih).

Tambah Hafiz lagi, kekasihnya itu dikenali dengan nama Fy merupakan pelajaran jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi.

Hafiz ditemui pada majlis sidang media Showcase ‘Hafiz & Friends’ pada Khamis. Showcase tersebut akan berlangsung di Hard Rock Café Melaka pada 22 Jun depan bersama penyanyi Hazama dan Akim Ahmad. --- Astro Gempak