JOHOR BAHRU: Anggota kumpulan Senario memohon peminat agar mendoakan kesembuhan rakan mereka, Hamdan Ramli yang kini ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas didapati mengalami komplikasi buah pinggang.
Salah seorang anggota kumpulan Senario Azlee Jaafar berkata Hamdan atau nama sebenar Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, tidak pernah memaklumkan kepadanya dan juga anggota yang lain bahawa dia mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.
"Kami ada 'showcase' di Johor Bahru, program berhibur sambil beramal bagi membantu artis-artis veteran yang sakit seperti Zaleha Hamid dan Mat Sentul. Ketika Hamdan tiba Sabtu lepas, dia masih kelihatan sihat dan ceria, kami makan malam bersama-sama.
"Tetapi semalam, ahli keluarga memaklumkan dia tidak berapa sihat, jadi kami nasihatkan agar jangan datang 'rehearsal' dan berehat sahaja. Pada pukul 5 petang, kami dimaklumkan isterinya bahawa dia dimasukkan ke hospital dan keadaannya kritikal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan HSA di sini hari ini.
Turut hadir melawat Hamdan di HSA anggota Senario yang lain, dikenali sebagai Wahid, Saiful Apek, Yassin dan Ilya Buang.
Bagaimanapun, Azlee, 54, berkata 'showcase' Wonderful Night with Senariounion yang berlangsung di sebuah hotel di sini sempena sambutan Tahun Baharu malam tadi terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Hamdan.
"Kejadian ini berlaku ketika Senario menyambut ulang tahun ke-27, semalam. Perkhabaran Hamdan ditidurkan adalah perkara yang sedih sekali bagi kami. Ini semua ujian, kami hanya mampu berdoa dan berharap rakyat Malaysia khususnya peminat untuk berdoa agar ada keajaiban dan dia kembali sihat seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Ilya atau Pak Ya, 56, berkata kemungkinan Hamdan berasa penat setelah mengharungi perjalanan agak lama iaitu kira-kira 12 jam dari Ipoh ke Johor Bahru dengan keadaan jalan raya yang sesak.
"Hamdan sekeluarga dari Ipoh ke Jenjarum, Selangor terlebih dahulu untuk mengambil anaknya, sebelum bergerak ke Johor Bahru. Keluarga Hamdan juga tiada saudara-mara di Johor, jadi mereka mengharapkan kami. Saya juga harap ada pihak yang sudi membantu memudahkan urusan keluarga Hamdan di sini," katanya.
Dalam pada itu, isteri Hamdan, Norhamalini Ahmed, 53, berkata suaminya sangat teruja dan bersemangat untuk meneruskan program tersebut semalam walaupun dalam keadaan tidak sihat.
Mereka sekeluarga katanya terpaksa memujuk Hamdan untuk ke hospital kerana keadaan kesihatannya kurang baik apabila tiba di Johor Bahru, Sabtu lepas.
"Selain enggan ke hospital, Hamdan juga meminta agar dia tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan 'show' sempena ulang tahun ke-27 Senario, dia mahu bertemu peminat. Dia sangat teruja, jadi kami mohon peminat mendoakannya agar cepat sembuh," katanya.
Sementara itu, anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, 21, memaklumkan ketika dalam perjalanan ke Johor Bahru, bapanya mengadu demam dan mengalami cirit-birit sebelum ahli keluarga memujuknya untuk ke hospital.
"Ayah tetap kata mahu teruskan 'show' dan minta pergi hospital selepas itu, namun kami sekeluarga tetap pujuk dia agar cepat ke hospital, pergi (hospital) awal boleh balik awal, kemudian baru 'show'.
"Semasa dibawa, pemeriksaan awal mendapati tekanan darahnya stabil dan diletakkan di Zon Hijau terlebih dahulu sebelum pemeriksaan lanjut mendapati keadaannya kritikal dan perlu ditidurkan," katanya yang merupakan seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Hamdan dikatakan tidak pernah memaklumkan kepada anggota Senario yang lain bahawa dia mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. - Facebook JohorPost
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan
Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam Jumaat.
Pemergian Hamdan Senario, industri hiburan kehilangan seorang lagi permata - Seniman
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, Hafiz menyatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah, komplikasi jantung dan buah pinggang.
Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.
'Kenduri nikah paling ribut!' - Penonton tersembur gelak, puas layan Jaga-Jaga Senariounion
Keterujaan luar biasa itu dilihat apabila ramai peminat meluahkan rasa puas mereka menonton filem berkenaan.
'Terima kasih tunai hajat kami' - Peminat teruja tonton Jaga-Jaga Senariounion
Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.
Kumpulan pelawak legenda Senario kembali dengan filem 'Jaga-Jaga Senariounion'
Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Senario bakal kembali, Saiful Apek kini pakar motivasi
Pelakon komedi dan pelawak terkenal, Saiful Apek memberitahu kumpulan Senario bakal kembali menerusi album terbaru mereka tidak lama lagi.
Mengamuk dengan penguatkuasa MPSJ, Lan Pet-Pet akui kesilapan
Lan akui apa yang terjadi adalah berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.