awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hampir lima tahun baru dapat lagu Datuk M.Nasir' - Siti Nordiana

Syahdeen Tahir
Syahdeen Tahir
14/10/2022
12:59 MYT
'Hampir lima tahun baru dapat lagu Datuk M.Nasir' - Siti Nordiana
Siti Nordiana akui perlu menunggu hampir lima tahun untuk mendapatkan karya lagu dari Datuk M Nasir yang berjudul 'Menyantun Kasih'. - Foto Astro AWANI/Syahdeen Tahir
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana akui perlu menunggu hampir lima tahun untuk mendapatkan karya lagu dari Datuk M Nasir yang berjudul Menyantun Kasih.
Katanya, proses untuk memujuk Datuk M.Nasir agak sukar kerana beliau seorang yang teliti dan selektif.
“Selepas Datuk M.Nasir setuju untuk cipta lagu untuk saya, amatlah berbesar hati dan terharu. Ini kerana Datuk M.Nasir sangat memilih penyanyi untuk mendapatkan khidmatnya.
“Untuk lagu Menyantun Kasih, saya perlu hadiri empat kali proses rakaman dalam tempoh hari yang berbeza. Setiap rakaman itu memerlukan masa lima jam untuk menyelesaikannya.
“Ini antara pengalaman berharga saya bekerjasama dengan komposer tersohor,” katanya kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia perlu menjalani proses latihan suara agar bersedia untuk merakamkan lagu.
“Pada mulanya, Datuk M.Nasir bertanya kepada saya, adakah saya boleh nyanyi lagu dia.
“Dengan pantas saya menjawab, saya kata boleh dan berjanji akan beri komitmen yang sepenuhnya.
“Syukur ... Alhamdulilah, saya berjaya rakamkan lagu ini dengan tunjuk ajar beliau," tambahnya.
Lagu Menyantun Kasih boleh ditonton menerusi platform YouTube mulai hari ini (Oktober 14).
Topic Berkaitan
#Datuk M Nasir
#Siti Nordiana
#artis tempatan
#Menyantun Kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan