awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hani, jangan marah! Peminat usik jelingan Ahnaf pada Siti Nurhaliza

Syafique Shuib
Syafique Shuib
01/06/2016
00:23 MYT
Hani, jangan marah! Peminat usik jelingan Ahnaf pada Siti Nurhaliza
Gara-gara gambar bersama Datuk Siti Nurhaliza, peminat harap Ahnaf tidak menghampakan Hani! -Gambar: Instagram/Alif Satar
Harap-harap Hani tidak marah!
Itu adalah antara usikan peminat-peminat drama popular Dia Semanis Honey, setelah Alif Satar – yang memegang watak utama bernama Ahnaf – memuat naik gambar bersama penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.
Gambar yang dirakam ketika majlis pelancaran Creacion Sesuci Lebaran 2016 oleh jenama Creacion by Siti Nurhaliza petang tadi dimana Alif merupakan pengacara majlis turut disertakan hashtag #SweeterThanHoney.
Gambar berkenaan terima pelbagai reaksi, yang antaranya merupakan usikan kepada watak Ahnaf.
“Ahnaf buat hal Hani (lakonan Siti Nordiana). Tengok suami awak. Sampai hati dia curang,” kongsi @ainl.hsna.
@myra_hmira pula berkata: "Abang Ahnaf, jangan buat hal eh? Kena setia! Kesian Kak Hani nanti.”
Sorry Hani.. #SweeterThanHoney
A photo posted by Alif Satar (@alifsatar) on
May 31, 2016 at 2:13am PDT
Peminat yang lain turut berkata renungan Alif di dalam gambar berkenaan boleh mencairkan hati perempuan.
“Ini sudah playboy namanya. Terus cair!” kata @noraliza57.
@normizura pula berkata: “Nak tahu juga apa perasaan Siti Nurhaliza ketika direnung Alif macam itu.”
Siri drama baru 16 episod dibintangi Siti Nordiana dan Alif di saluran Astro Ria.
Ia ditayangkan dari 2 Mei hingga 26 Mei dan hashtag #DiaSemanisHoney sering menjadi trending.
Dia Semanis Honey turut dinobatkan sebagai kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016.
Sehingga kini, foto tersebut ditanda dengan like sebanyak 14,800 kali. Foto yang sama turut diulang siar di laman Instagram Siti dan menerima like sebanyak 13,500 kali.
Tq so much Ahnaff datang support fashion show Bunny tadi..hahahaha..Berangan !! Tq dik ..kehadiran sebagai pengacara majlis memberi keceriaan kepada kami, kirim salam kat wife yang cantik lagi baik hati tu ye..cakap x boss kirim salam rindu. #ahnaffbuatmata #sayayangtakkeruan #apapunlengansayalagibesordariAhnaf #lawangustilenganmemangsayamenangpunya #Repost @alifsatar with @repostapp. ・・・ Sorry Hani.. #SweeterThanHoney
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
May 31, 2016 at 5:58am PDT
Di majlis yang sama, penyanyi nombor satu negara itu turut mendedahkan rekaan terbarunya sempena hari raya iaitu Creacion Sesuci Lebaran.
Kisah semalam ..antara koleksi #creacionsesucilebaran yang akan berada di pasaran tidak lama lagi..Alhamdullillah , semuanya berjalan lancar semalam & terima kasih di atas sokongan semua terutama team @creacionbysitinurhaliza & @officialsimplysiti A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
May 31, 2016 at 5:16pm PDT
Topic Berkaitan
#Ahnaf
#Alif Satar
#Dia Semanis Honey
#Kini Trending
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan