PELAKON dan pengacara, Neelofa, 29, mengakui tahu mengenai hubungan Datuk Hans Isaac dan kekasihnya, bekas ratu cantik, Gabriella Robinson.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, berkata, Hans pernah memaklumkan kepadanya tentang Gabriella pada November tahun lalu.

"Ya, saya tahu dia menjalin hubungan cinta dengan Gabriella tetapi tidak pernah bertemu.

"Saya gembira mendengar berita tentang mereka bakal berkahwin dan mendoakan hubungan mereka bahagia," katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang

BACA: 'Tak hormat, rosakkan nama baik', Hans Isaac kecam individu tuduh tunangnya tidak jujur

Tambah Neelofa lagi, walaupun dia dan Hans bersahabat baik, namun tidak pernah mencampuri urusan peribadi pengarah, penerbit dan pelakon berusia 45 tahun itu.

"Sebagai seorang teman saya teruja mahu melihat dia dan wanita pilihan hatinya bahagia," ujarnya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan butik keduanya, Naelofar Hijab di Publika.

Hans pada petang Selasa telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas ratu cantik, Gabriella Robinson pada 29 Julai ini setelah melamar wanita berusia 28 tahun itu pada 29 Januari lalu.