Nampaknya Taylor Swift berjaya membuktikan nilai tinggi bakatnya apabila harga tiket untuk menyaksikan konsertnya dilaporkan bernilai kira-kira AS$2,500 (RM8,987.50)!

Empat ahli kongres telah sepakat memilih konsert Taylor sebagai tempat untuk mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang diwakili mereka. Empat ahli kongres itu adalah dari Florida, Wisconsin, Illinois dan Ohio.

Mereka yang membayar harga tersebut akan berpeluang menyaksikan konsert tersebut sebagai VVIP di samping duduk bersama ahli kongres yang dipilih mereka.

Harga tiket untuk menyaksikan konsert itu sebagai penonton biasa berharga AS$60 (RM215.70). Ia dijadualkan berlangsung di Washington National Stadium, Julai depan.