awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hariz Hamdan dibenci kerana Farouk, ada 'makcik' siap marah lepas makan

Gempak
Gempak
03/07/2024
05:00 MYT
Hariz Hamdan dibenci kerana Farouk, ada 'makcik' siap marah lepas makan
Menurut Hariz, dia pernah berdepan dengan beberapa momen ditegur dan dimarahi penonton secara berdepan kerana geram dengan watak Farouk. - Gempak
PELAKON, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Kena marah sebab Farouk
Menurut Hariz, dia pernah berdepan dengan beberapa momen ditegur dan dimarahi penonton secara berdepan kerana geram dengan Farouk.
“Saya pernah berdepan dengan beberapa momen sebelum ini antaranya ketika saya pergi menjamu selera di sebuah restoran.
“Ada seorang makcik duduk di sebelah saya dan pandang-pandang. Saya pun terfikir kenapa dia pandang saya, mungkin dia kenal.
“Tetapi dia tak kenal Hariz, dia kenal saya sebagai Farouk, jadi bila saya habis makan, dia datang dekat saya dan terus marah kata kenapa jahat sangat.
“Ini satu benda baharu untuk saya. Kalau orang benci maknanya saya kena sesuaikan diri. Saya tak boleh fikir orang benci saya sebab Hariz tetapi benci sebab Farouk.
“Pada saya, selagi mereka cakap mereka benci Farouk saya okay, janji bukan Hariz Hamdan,” katanya kepada Gempak.
Tak kisah kena kecam, tanda berjaya bawa watak
Dalam pada itu, Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, tidak ambil hati dengan kecaman yang diberikan.
Sebaliknya, menyifatkan kebencian penonton sebagai bukti lakonannya berkesan.
“Saya cuba yang terbaik untuk membawakan watak Farouk. Alhamdulillah setakat ini respon yang saya dapat, komen-komen daripada netizen semuanya memuji lakonan saya.
“Ramai benci betul dengan watak Farouk ni, jadi sebagai seorang pelakon yang memegang watak antagonis, bila dapat negatif komen begitu saya suka.
“Saya suka baca, bagi saya kecaman merupakan tanda dapat memainkan watak itu dengan menjadi sampai orang benci dekat Farouk.
“Kalau saya baca komen, memang banyak yang meluahkan rasa geram terhadap Farouk. Namun dekat bahagian komen itu pada saya bertapis lagi.
“Tetapi bila baca dekat DM (Direct Message Instagram), memang nauzubillahilminzalik… Ada yang DM dari Indonesia cakap kamu memang setan, firaun lah Farouk ni.
“Saya okay sahaja, tak ambil hati pun. Bila baca saya rasa gembira, saya suka hiburkan diri saya seperti itu,” ujarnya.
Untuk info, Hariz memegang watak sebagai kaki perempuan bernama Farouk yang gemar menimbulkan pelbagai masalah.
Dalam perkembangan terbaharu, Hariz bakal muncul dalam siri premium Astro Originals berjudul X-Change.
Jangan lupa saksikan Bunga Salju, setiap Isnin hingga Jumaat, 6 petang di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Bunga Salju juga boleh ditonton menerusi Astro Go.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Hariz Hamdan
#watak Farouk
#Bunga Salji
#kena marah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan