awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2023
08:43 MYT
Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma
Ibnor Riza meninggal dunia selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62, dilapor meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) pada jam 3.30 petang, Ahad.
Penyanyi yang popular dengan pelbagai lagu hit termasuk "Berdiri Seorang Perindu" itu menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.
Isteri Allahyarham, Sarimah Sulaiman, 51, mengesahkan perkara tersebut kepada media dan memaklumkan jenazah suaminya itu berkemungkinan akan dikebumikan di Negeri Sembilan.
Media sebelum ini melaporkan Ibnor Riza telah menjalani pembedahan di hospital yang sama bagi membuang air di bahagian kanan kepalanya.
Rabu lalu, penyanyi tersebut sekali lagi menjalani pembedahan kerana terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya.
Beliau dikatakan mula mengetahui tentang kanser dihidapinya itu pada Februari tahun ini, yang sudah memasuki tahap keempat, apabila doktor melakukan pemeriksaan susulan kerana terdapat bengkak di bahagian leher.
Karier seni Ibnor Riza, yang merupakan seorang kakitangan awam, mula menyinar apabila beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1984. Namun beliau benar-benar fokus kepada bidang tersebut pada tahun 1993.
Sepanjang 23 tahun beliau mewarnai dunia seni, Ibnor Riza telah menghasilkan 13 album dan pernah menerima anugerah platinum selepas album "The Best of Ibnor Riza" terjual sebanyak 25,000 unit.
Allahyarham mempunyai seorang anak perempuan, iaitu Puteri Norizah, 32.
Topic Berkaitan
#Ibnor Riza
#penyanyi 80an
#kanser limfoma
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan