awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan Raya Astro, 'Kisah Zika' dapat 300,000 tontonan selepas dua hari tayangan

Gempak
Gempak
23/06/2016
12:00 MYT
Iklan Raya Astro, 'Kisah Zika' dapat 300,000 tontonan selepas dua hari tayangan
Saksikan 'Kisah Benar Zika Masa: Anugerah Paling Bermakna' dan 'Siapakan Yang Anda Sayang'. - Gambar Astro GEMPAK
IKLAN Hari Raya Aidilfitri terbaru bertemakan #berikanmasa terbitan Astro yang mengangkat kisah benar seorang gadis bernama Zika, mendapat 300 ribu tontonan di laman sosial Youtube dan Facebook. Video tersebut yang baru dilancarkan dua hari lalu, turut mendapat pujian netizen kerana 'Kisah Zika' bertepatan dengan tema #berikanmasa tahun ini. Selain itu, mesej yang cuba diselitkan menerusi ‘Kisah Benar Zika – Masa: Anugerah Paling Bermakna’ turut dipuji kerana, pengajaran tersirat disebalik iklan ini ‘sampai’ kepada audien. Ada juga komen yang menganggap Kisah Zika sebagai iklan terbaik Aidilfitri 2016. Kisah Zika menceritakan kisah seorang gadis yang merasakan dirinya diabaikan oleh bapa yang terlalu sibuk bekerja. Zika rindukan perhatian seorang bapa dan menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu dan tidak boleh memaafkan perbuatan tersebut walaupun bapanya sudah meninggal dunia. Sehinggalah kakak kesayangannya ‘pergi’ mengikut jejak si bapa, Zika mulai terfikir tentang erti kehilangan serta betapa pentingnya menghargai seseorang itu selagi dia berada disisi. Luahan hati Zika terhadap ibunya sangat menyentuh perasaan dan akan membuatkan kita tersedar tentang betapa pentingnya orang disekeliling.
Anda boleh menonton video Zika di bawah:
Selain Kisah Zika, Astro turut menyiarkan iklan Aidilfitri, ‘ Siapakah Yang Anda Sayang’ yang memaparkan pengertian #berikanmasa bagi kanak-kanak. Iklan ini juga antara yang terbaik dan sebahagian besar audien menganggap kanak-kanak lebih ikhlas menunjukkan rasa kasih sayang. Bagi kanak-kanak “masa” itu kasih sayang, sekecil mana pengorbanan anda lakukan, nilainya sangat besar bagi mereka. Jangan berhenti #berikanmasa. Tonton sendiri video di bawah dan fahami anak-anak anda:
Topic Berkaitan
##berikanmasa
#hari raya
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan