Filem web Raya Petronas 2016 bertajuk ‘Vroom Vroom’ pastinya akan membuat penonton tersentuh dengan mesej kekeluargaan dan pentingnya kasih seorang ayah demi anaknya.
'Vroom Vroom' berkisar seorang kanak-kanak, Azlan dan bapanya yang terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diusir oleh tuan rumah. .
Walaupun bersedih, bapanya berjaya untuk meghiburkan hati anaknya untuk membuatkan Azlan tersenyum kembali.
Selain memberi fokus kepada hubungan antara bapa dan anak, 'Vroom Vroom' turut mengetengahkan tema pengorbanan,
Tahun ini, pelakon kanak-kanak, Mohamed Harris Mohd Heikal yang berusia enam tahun diberi kepercayaan untuk memegang watak Azlan.
“Seronok, tetapi penat,” kata Harris tentang pengalaman berlakon dalam filem pendek itu.
Ternyata ini merupakan iklan pertamanya dan menerima banyak tunjuk ajar daripada pengarah, Maurice Noone.
Ibu Harris, Yuzairin Mohd Yusof, menjelaskan penggambaran dilakukan pada waktu malam sehingga awal pagi selama tiga hari berturut-turut.
Namun, minat yang mendalam dalam dunia lakonan, Harris berjaya melakukan tugasan dengan baik dan mengikut kehendak pengarah.
“Beliau memang suka berlakon watak aksi. Beliau teringin berlakon filem pula selepas ini,” kata Yuzairin pada majlis tontonan filem web ‘Vroom Vroom’ kepada pihak media di ibu kota pada Rabu.
Watak Azlan ketika dewasa dipegang oleh pelakon iklan, Muhammad Zaki Yamani Mohd Zahari.
Katanya, berlakon dalam filem web dan iklan Petronas merupakan impian yang menjadi kenyataan.
“Saya pernah berlakon beberapa iklan sebelum ini, namun sasaran saya memang untuk berlakon dalam iklan Petronas. Iklan Petronas begitu mendalam,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Katanya, antara cabaran untuk melakonkan filem web ini adalah untuk menjiwai watak Azlan.
“Saya mendapatkan emosi yang sama dengan apa yang dilalui oleh Azlan ketika kecil. Seronok dan mencabar untuk melakonkan watak ini,” katanya.
Iklan ‘Vroom Vroom’ menggunakan perkhidmatan Noone (Maurice) yang pertama kali mengarahkan iklan raya Petronas.
Beliau yang sebelum ini pernah mengarah beberapa iklan dan dokumentari untuk syarikat-syarikat korporat lain mengakui terdapat beberapa cabaran untuk menjayakan iklan ini.
“Kejayaan filem ini berdasarkan betapa bagusnya pelakon kanak-kanak untuk watak Azlan. Pelakon kanak-kanak senang hilang fokus. Harris begitu bagus dan banyak bersabar dengan saya.
Menurutnya, jalan cerita 'Vroom Vroom' menuntut penggambaran hanya dilakukan pada lewat malam dan ia dilakukan pada bulan Ramadan.
“Saya tahu ia adalah satu cabaran kerana kami merakam sehingga awal pagi. Saya pula ingin terus merakam satu babak ke satu babak. Barisan pelakon terus memberikan yang terbaik,” katanya.
Noone turut berkata bahawa idea asal dan skrip diberi oleh pihak agensi pengiklanan, namun beliau dapat menjiwai filem web bertemakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh seorang ayah untuk menggembirakan anaknya.
“Saya rasa itu tema yang bagus dan skripnya begitu bagus. Secara peribadinya, ia mengingatkan tentang hubungan saya dengan ayah saya.
“Saya mahu orang ramai untuk menghargai ibu bapa mereka. Mereka sentiasa mencuba untuk memperbaiki situasi dengan cara mereka tersendiri. Namun, anak-anak mudah untuk melupakan pengorbanan mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
‘Vroom Vroom’ dilancarkan pada 30 Jun menerusi laman web petronasofficial.com dan iklan televisyen berdurasi satu minit dilancarkan pada 1 Julai.
Syafique Shuib
Wed Jun 29 2016
Bintang filem web 'Vroom Vroom', Mohamed Harris Mohd Heikal. - Gambar Astro AWANI
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ini iklan raya paling mencuri perhatian tahun ini
Iklan dengan konsep kemeriahan hari raya jadi pilihan ramai untuk tahun 2018.
7 iklan Raya 2017 yang anda patut tonton
Iklan Raya 2017 yang mana menjadi pilihan anda?