awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imaginur dinobat Filem Terbaik FFM33

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/12/2024
15:58 MYT
Imaginur dinobat Filem Terbaik FFM33
Kemenangan berkenaan membolehkan filem itu membawa pulang trofi FFM33 dan insentif DKK bernilai RM500,000. - Gambar FFM
KUALA LUMPUR: Filem arahan Nik Amir Mustapha, Imaginur dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung pada Sabtu.
Kemenangan berkenaan membolehkan filem terbitan Lumatic Films Sdn. Bhd. itu membawa pulang trofi FFM33 dan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.
Filem tersebut turut membawa pulang tujuh anugerah lain termasuk Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi Beto Kusyairy, manakala Nik Amir sendiri membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik.
Malam kemuncak FFM33 juga menyaksikan pengiktirafan Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman kepada Zakaria Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pentasnya A. Galak serta Anugerah Khas Karyawan kepada Indera Che Muda Redzuan.
Pemenang Aktres Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024, Susan Lankester, menepati ramalan untuk dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Raintown, manakala Elizabeth Tan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Sherif: Narko Integriti.
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula dimenangi Jack Tan menerusi Abang Adik dan Jin Ong sebagai Pengarah Harapan, juga menerusi filem Abang Adik.
Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Harapan pula masing-masing dimenangi Aniq Durar (Pagari Bulan) dan Trisha Ooi (Janna Endoro).
Sebanyak 28 kategori anugerah lain turut disampaikan, antaranya dokumenteri “Pekik” terbitan Stereo Pixels Sdn. Bhd. yang memenangi kategori Dokumentari Terbaik menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi.
Sementara itu, “The Missing Trophy” terbitan Wayang Works Sdn. Bhd. diangkat sebagai Filem Pendek Terbaik yang membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi.
Topic Berkaitan
#FFM33
#Imaginur
#Sherif Narko Integriti
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan