FILEM Rahsia terbitan Astro Shaw sudah pun menemui penonton bermula malam semalam dan rata-rata memberikan ulasan positif terhadap karya arahan Shamyl Othman itu.
Menerusi kemas kini pempengaruh Imran Bard di platform X, jalan cerita Rahsia dilabelkan sebagai berbeza dan lain daripada filem seram Malaysia lain.
“Sumpah 10/10 best teruk. Jujurnya dah lama tak tengok filem Melayu yang best macam ni. I love it so much.
"Lakonan Nabila memang best, storyline best gila, seram pun seram, cinematic pun cantik tapi banyak jumpscare.
"Highly highly recommended. Please pergi tengok,” katanya.
Sementara itu, selebriti media sosial, Azfar Heri turut memberikan respons positif terhadap karya berkenaan.
“Ok saya bagi 10/10 sebab best dan seram. Tak merepek ke apa ke dan jalan cerita dia best. I love you Nabila Huda.
"Saya menjerit macam nak terbang ye dengan hantu yang duk merangkak sana sini. Penat ye.
"Korang sila tengok ok,” tulisnya di Instagram Story.
Sebelum ini, pengulas filem bebas, Zhafvlog turut memberikan markah penuh terhadap filem Rahsia.
“Jumpscare on-point, hantu seram, lakonan Nabila Huda level best actress, story menarik yet mudah difahami.
"Tetapi the trailer shows nothing! Saya ingatkan cerita ni biasa-biasa je, sekali nohh saya melompat-lompat mat sebab terkejut
“Siapa tak pernah tengok filem asal tahun 1987 jangan risau, filem ni re-boot dengan menghormati karya asal.
"One of the best local horror films! Very well recommended to all horror fans!” tulisnya sambil memberikan markah 5/5 infinity stars.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu. -Gempak
Gempak
Fri Aug 11 2023
Jalan cerita Rahsia dilabelkan sebagai berbeza dan lain daripada filem seram Malaysia lain. -Gempak
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'
Pemain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.
Asal-usul COVID-19: AS, 13 negara lain bimbang penangguhan laporan WHO
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengenai tindakan China merahsiakan data daripada pasukan penyiasat badan dunia itu.
Jumlah pampasan bagi pembatalan projek HSR tidak boleh didedahkan - Mustapa
Ahli Parlimen Jeli itu berkata pampasan tersebut bukan bersifat punitif, tetapi untuk membayar semula kos tertentu projek yang telah dibelanjakan Singapura.
Keluarga Altantuya gagal peroleh kenyataan diambil polis berkaitan kes bunuh model itu
Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa kenyataan itu telah diambil secara rahsia dan bagi tujuan perbicaraan jenayah.
Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.
Malaysia tidak guna Crypto AG untuk maklumat rahsia
Kawalan kerahsiaan terhadap penyaluran maklumat sentiasa dilaksanakan pada setiap masa.
Tunggu kenyataan rasmi MFL tentang Kevin Ramalingan - Hamidin
Hamidin berkata beliau masih belum mendapat sebarang laporan berhubung perkara berkenaan.
Ngeh lapor polis terima 'bukti' baharu kes rogol membabitkan Exco
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini pada jam 10.15 malam.