JUTAAN pengguna media sosial memuat naik foto tanpa gambar berwarna hitam sebagai sokongan terhadap kempen #BlackoutTuesday, yang diwujudkan sebagai tanda protes kematian George Floyd.
Bintang antarabangsa seperti Rihanna, Jamie Foxx, Katy Perry dan Britney Spears serta tidak ketinggalan bintang bola sepak, Gary Lineker antara yang terawal menunjukkan sokongan dengan entri di laman sosial masing-masing.
Floyd, yang berketurunan Afrika-Amerika, meninggal dunia di Minneapolis minggu lalu.
Seorang pegawai polis berkulit putih dirakam berlutut di lehernya selama beberapa minit semasa menahannya kerana didakwa menggunakan wang kertas AS$20 palsu.
Inisiatif #BlackoutTuesday dimulakan oleh beberapa syarikat rakaman dan gergasi industri muzik, antara lain meminta semua bentuk hiburan dan muzik dihentikan selama sehari sebagai tanda protes.
Antara syarikat rakaman yang terbabit ialah Warner Music Group, Sony Music and Universal Music Group, selain turut mendapat kerjasama saluran hiburan seperti Comedy Central, Paramount Network dan Pop yang akan bergelap selama 8 minit dan 46 saat untuk memperingati Floyd.
Madiha Abdullah
Tue Jun 02 2020
#BlackoutTuesday dimulakan oleh beberapa gergasi industri muzik meminta muzik dihentikan selama sehari sebagai tanda protes.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Industri muzik protes kematian George Floyd melalui #BlackoutTuesday
Inisiatif #BlackoutTuesday dimulakan oleh beberapa syarikat rakaman dan gergasi industri muzik, antara lain meminta muzik dihentikan selama sehari sebagai tanda protes.