awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini beza saya dengan Karl Lagerfeld...' - Rizalman tidak mahu dibandingkan dengan pereka Chanel

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
28/03/2019
01:00 MYT
'Ini beza saya dengan Karl Lagerfeld...' - Rizalman tidak mahu dibandingkan dengan pereka Chanel
Datuk Rizalman tidak mahu sesekali membandingkan dirinya dengan mendiang Karl Lagerfeld - Gambar Instagram Rizalman71
Persembahan yang sangat memukau!
Itu yang boleh digambarkan selepas menonton pertunjukan fesyen dari pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim untuk koleksi terbaharunya "Rizalman for Zalora 2019" pada Rabu.
Saban tahun peminat fesyen Malaysia bukan sahaja disajikan dengan koleksi yang mengagumkan malah persembahan diluar jangkaan oleh Datuk Rizalman sangat ditunggu-tunggu.
Jika dilihat, ramai yang mengaitkan beliau legenda fesyen antarabangsa yang terkenal dengan jenama Chanel, iaitu mendiang Karl Lagerfeld, terutamanya dari segi kreativiti dan ilham koleksi busananya.
Namun Rizalman sama sekali tidak mahu untuk disamakan dengan dengan mendiang Karl.
"Karl Lagerfeld adalah pekerja kepada Chanel dan saya adalah pengasas kepada Rizalman Ibrahim. Apa yang saya hasilkan merupakan wang ringgit dan idea saya sendiri,"
"Ramai yang mungkin fikir mendiang Karl melakukan semuanya, namun tidak. Dia hanya mereka dan akan ada orang lain yang menolongnya, tidak seperti saya, saya harus melakukanya sendiri dari pemilihan kain sehingga menyusun kerusi semua saya lakukan sendiri," katanya selepas persembahan fesyennya di Stadium Chin Woo, malam tadi.
"Rizalman for Zalora 2019" hadir degan 75 koleksi baharu dan membuatkan setiap orang yang hadir ke persembahan fesyen itu kagum dengan tema suasana pertabalan diraja Britain.
BACA: Konsep pertabalan diraja Inggeris di pertunjukan fesyen Rizalman buat ramai terpukau
View this post on Instagram
tak larat nk boh caption dah aih, penat dok baca komen2 hangpa . . . video by @lhmediatv #rizalmanforzalora 2019
Topic Berkaitan
#fesyen
#Karl Lagerfeld
#Raja Permaisuri Agong
#Rizalman
#Rizalman for Zalora 2019
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan I
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan