awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri hamil 5 bulan, Hafiz Suip bakal timang anak lelaki

Gempak
Gempak
22/08/2017
06:49 MYT
Isteri hamil 5 bulan, Hafiz Suip bakal timang anak lelaki
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak. - Foto Astro GEMPAK
Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 27, bakal menimang cahaya mata lelaki.
"Alhamdulillah, selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, isteri saya sedang hamil bayi lelaki. Setakat ini, kehamilan sudah memasuki usia lima bulan," kata Hafiz.
Berita ini disampaikan oleh pelantun lagu Awan Nano ini secara eksklusif menerusi rancangan Unplugged yang bersiaran malam tadi.
Menerusi program yang bersiaran setiap Isnin pada jam 11.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD itu, Hafiz bertindak sebagai pengacara bersama Elly Arifin.
"Buat masa ini, kami suami isteri masih lagi memikirkan mengenai nama anak yang bakal dilahirkan. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.
Dalam perkembangan terbaru, Hafiz sedang giat mempromosikan single terbarunya yang berjudul Kejar, ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak. - Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Audi Mok
#Mohd Hafiz Mohd Suip
#Shazee Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan