awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri pelakon Hafidz Roshdi fail cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam semalam

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2023
13:38 MYT
Isteri pelakon Hafidz Roshdi fail cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam semalam
Perkahwinan Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada dipercayai berakhir selepas perceraian difailkan di Mahkamah Syariah pada Isnin, selain lafaz talak yang dilakukan oleh Hafidz menerusi panggilan telefon, baru-baru ini. - Sumber foto Gempak
SHAH ALAM: Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.
Perkara itu juga telah disahkan sendiri oleh Shuhada menerusi panggilan telefon bersama Berita Harian Online, pada Selasa.
"Ya betul, saya sudah failkan perceraian selepas ia dipersetujui kedua-dua pihak. Ia berlaku atas persetujuan bersama Hafidz dan keluarga saya.
"Kalau boleh tanpa kehadiran media, jadi kami pergi semalam," katanya.
Tambahnya, dia ke Mahkamah bersama keluarga dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.
Terdahulu pada 22 Februari, Hafidz yang sinonim dengan filem, ​Pusaka itu dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Shuhada di hadapan ahli keluarganya.
BACA: Dicerai Hafidz Roshdi: "1 Mac hari jadi, tak tahu 'hadiah' apa yang Allah nak kirimkan" - Shuhada
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada selepas didakwa menganggu-gugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Topic Berkaitan
#Nurul Shuhada Mat Shukri
#Hafidz Roshdi
#fail perceraian
#mahkamah syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan