awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Shahrol Shiro mohon doakan kesihatan anak hidap masalah buah pinggang

Gempak
Gempak
09/09/2021
04:04 MYT
Isteri Shahrol Shiro mohon doakan kesihatan anak hidap masalah buah pinggang
Pelawak Shahrol Shiro dan isteri reda menerima ketentuan illahi selepas doktor mengesahkan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, hanya memiliki satu buah pinggang. -Astro Gempak
PELAWAK Shahrol Shiro dan isteri reda menerima ketentuan illahi selepas doktor mengesahkan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, hanya memiliki satu buah pinggang.
Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra dengan panggilan Anna berkata, Ismail hanya memiliki buah pinggang sebelah kiri.
Bagaimanapun, keadaan buah pinggang tersebut tidak berapa baik dan bengkak serta memerlukan rawatan segera.
Sehubungan itu Anna memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak mereka yang baru berusia lapan bulan itu.
“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak kami. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
“Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak kami.
“Doktor mendapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak.
“Ismail perlu dapatkan dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
“Saya mohon jasa baik kalian, doakanlah untuk anak kami. Selitkan nama Ismail dalam setiap solat dan doa kalian.
“Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian. Doakan saya kuat. Luluh hati bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH,” katanya sebak.
Tambah Anna lagi, keadaan Ismail agak membimbangkan kerana masalah buah pinggangnya berada di tahap kronik.
“Ismail kerap demam dan saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena padanya. Naluri seorang ibu walaupun dia nampak sihat dan ceria saya tetap rasa tak sedap hati.
“Kami bawa Ismail berjumpa pakar dan buat pemeriksaan menyeluruh. Memang terkejut bila doktor kata kedua-dua buah pinggang Ismail sudah rosak dan agak kronik,” katanya.
Topic Berkaitan
#Shahrol Shiro
#satu buah pinggang
#Ismail Rifqi
#Nor Farhanah Syamimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan