awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM rangka model undang-undang atasi ketidakseragaman perundangan Islam negeri
Hentikan amalan kartel yang menindas rakyat - Anwar
Seleweng dana pelaburan hampir RM300 juta: SPRM buka dua kertas siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu royalti perlu diselesaikan segera di bawah satu badan

Bernama
Bernama
01/07/2018
20:52 MYT
Isu royalti perlu diselesaikan segera di bawah satu badan
Isu royalti sudah sekian lama menyelubungi komuniti penggiat seni persembahan dan artis rakaman tanah air. - Gambar hiasan
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa agar isu royalti persembahan awam artis yang menjadi masalah sekian lama dalam industri muzik tempatan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata isu berkenaan sudah banyak kali dibincangkan namun masih belum ada jalan penyelesaian terbaik.
Beliau berkata apa yang masih menjadi masalah kepada artis sehingga kini adalah ramai yang keliru dengan proses pengagihan royalti ini dengan dua badan yang dipertanggungjawab mengagihkan royalti artis iaitu RPM (Recording Performers Malaysia) Bhd dan PRISM (Performers Rights and Interest Society of Malaysia) Bhd.
"Ada artis dan pemuzik rakaman yang datang mengadu kepada Karyawan bahawa mereka tidak mendapat sebarang royalti walaupun ada dua badan yang kononnya mewakili mereka iaitu RPM dan PRISM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Karyawan, katanya, mencadangkan agar kerajaan baharu campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan artis memperoleh royalti yang menjadi hak mereka.
"Penyelesaian terbaik ialah tutup PRISM dan gabungkan semua hal berkaitan royalti artis di bawah satu badan sahaja iaitu RPM. Jika ini tidak dilakukan sampai bila-bilapun artis tak akan dapat menikmati royalti yang menjadi hak mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#artis
#Freddie Fernandez
#industri muzik
#karyawan
#pemuzik
#persatuan
#persembahan awam
#PRISM
#royalti
#RPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan