PENYANYI baru Indonesia, Isyana Sarasvati menyimpan hasrat untuk berkolaborasi bersama penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Gadis kelahiran Bandung yang berusia 22 tahun ini merupakan seorang peminat muzik dan nyanyian Siti semenjak dia di bangku sekolah.
“Saya meminati Siti semenjak kecil lagi. Jika diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi di Malaysia, sudah tentu saya mahu memilih Siti kerana dia merupakan seorang penyanyi yang hebat dan berbakat,” kata Isyana kepada Astro Gempak.
Isyana yang kini menempa nama di Malaysia dengan single Tetap Dalam Jiwa gembira apabila lagunya mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan.
“Ketika lagu ini popular di Indonesia, saya berada di London. Apabila saya pulang sahaja ke Indonesia, saya menjadi sangat terkejut kerana lagu ini benar-benar menjadi siulan. Saya juga bersyukur ketika menerima perkhabaran yang lagu ini mula mendapat tempat di hati peminat Malaysia,” kata Isyana.
Mempunyai bakat dalam bidang muzik, Isyana turut berkebolehan bermain alat muzik seperti piano, organ, biola dan saksofon.
“Saya memang seorang peminat muzik semenjak kecil, terutamanya muzik klasikal. Selain menyanyi, saya juga boleh bermain alat muzik. Saya berharap agar perjalanan muzik saya dapat diterima oleh peminat, bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia,” katanya menutup bicara.
Isyana muncul dengan album perdananya, Explore pada November tahun lalu. Selain Tetap Dalam Jiwa, Isyana juga popular dengan lagu Keep Being You dan Kau Adalah.
Gempak
Fri Apr 15 2016
Isyana Sarasvati mula dikenali di Malaysia melalui single Tetap Dalam Jiwa. - Foto Astro Gempak
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Isyana Sarasvati teringin berduet dengan Siti Nurhaliza
Penyanyi lagu 'Tetap Dalam Jiwa', Isyana Sarasvati menyimpan hasrat untuk berkolaborasi bersama Datuk Siti Nurhaliza.