awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaclyn Victor kembali bergelar isteri

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2025
16:19 MYT
Jaclyn Victor kembali bergelar isteri
Pasangan pengantin bergambar bersama tetamu dan rakan-rakan industri seni. - Foto/IG Liza Hanim
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah, Calvin T Samuel dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Ahad.
Khabar gembira itu dikongsi beberapa rakan artis, antaranya Shila Amzah dan Liza Hanim menerusi kemas kini di media sosial.
"Calvin lelaki bertuah yang dapat memiliki seorang insan yang baik, prihatin dan berbakat seperti awak," tulis Liza di Instagram.
Difahamkan, majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan.
Selain Liza dan Shila, turut memeriahkan majlis ialah Marsha Milan, Siti Nordiana dan Nabil Ahmad.
Jaclyn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 2014, perkahwinan itu berakhir pada 2019.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah, 10, dan Molly, 8.
Topic Berkaitan
#Jaclyn Victor
#penyanyi
#perkahwinan
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan