awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaclyn Victor menerima tawaran KRU Studios

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2013
05:58 MYT
Jaclyn Victor menerima tawaran KRU Studios
Bagaikan mimpi jadi kenyataan buat Jaclyn Victor apabila menerima tawaran untuk berkolaborasi bersama kumpulan antarabangsa yang popular sekitar era 90 an, Az Yet.
Membesar dengan lagu nyanyian Az Yet itu, Jaclyn tidak pernah terfikir untuk melakukan duet dengan kumpulan R&B itu.
Mereka bakal berkolaborasi untuk lagu tema filem animasi 3 dimensi berbahasa inggeris pertama terbitan KRU Studios yang berjudul ‘RIBBIT’.
Menurut Jaclyn, kerjasama ini mampu memberikan impak besar dalam kerjayanya sekaligus teruja dengan tawaran ini.
“Pabila saya dapat tahu tentang tawaran kolaborasi bersama artis antarabangsa, saya begitu tidak terkata kerana sudah sekian lama saya idamkan untuk bekerjasama dengan artis luar.negara.” kata Jaclyn.
Paduan suara dalam runut bunyi berjudul ‘Magical Moment’ menandakan lagu Inggeris pertamanya sejak bernaung di bawah KRU music sejak setahun lalu.
Terkenal menerusi rakaman semula lagu kumpulan Chicago, “Hard To Say I’m Sorry,” Az Yet dianggotai Dion Allen, Shawn Rivera, Kenny Terry dan Claude Thomas.
Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan pemenang vokal wanita terbaik Anugerah Industri Muzik 2012, Jaclyn Victor sebagai seseorang yang sangat profesional.
Lagu “Magical Moment” ditulis sendiri oleh kumpulan Az Yet selepas menonton Klip “Ribbit” sebelum digarap dan digubah oleh Edry Abdul Halim.
Sementara itu, Ribbit dijadual tayangan pada pertengahan tahun ini.
Topic Berkaitan
#Az Yet
#Jaclyn Victor
#kru studios
#ribbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan