PENYANYI Ayda Jebat terharu apabila namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Award 2017 (MTV EMA 2017).

Ayda bersaing Raisa dari Indonesia, Sezairi (Singapura), Palitchoke Ayanaputra (Thailand) dan The Ransom Collective (Filipina).

"Saya rasa sangat terharu dengan pencalonan awal ini. Saya terkenang perjalanan awal saya untuk menaikkan nama sebagai penyanyi.

"Selepas penyertaan saya dalam Akademi Fantasia, saya berusaha untuk menempatkan nama dalam bidang nyanyian. Biarpun rezeki sebagai pelakon tiba dahulu, saya tetap tidak mengalah dan meneruskan minat saya.

"Alhamdulillah, percubaan saya sebagai penyanyi membuahkan hasil dan pencalonan awal ini menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha dengan lebih kuat," kata Ayda.

Masih terkejut dengan berita tersebut, Ayda sangat teruja untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

"MTV EMA merupakan anugerah antarabangsa yang sangat popular. Saya rasa terkejut kerana mendapat peluang sebegini.

"Impian untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi bakal tercapai dengan bantuan peminat dan rakyat Malaysia. Saya berharap agar semua pihak sama-sama mengundi di laman Twitter," katanya lagi.

Undian di laman sosial Twitter perlulah dihantar bersama dua hashtag iaitu #NominateAydaJebat dan #MTVEMA. Undian boleh dilakukan sebelum 3 Oktober 2017 jam 7 pagi.

Antara artis tempatan yang pernah tercalon dalam MTV EMA adalah Hafiz Suip, Yuna dan Bunkface.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @aydajebat

♥️ When I first decided to spread my wings and revisits the music industry it never even occur to me that it would brought me an unimaginable dream, possible. Really? . MTV EMA 2017 Southeast Asia Social Wildcard Nominee! Omg! Yes guys I'm being nominated! Indeed this is so unreal. I was speechless and could not breath out of excitement when I was told of this nomination and to top it all, this nomination is representing Malaysia as well. Amazing!