Celcom Axiata pada Selasa telah diumumkan sebagai rakan digital untuk OlaBola The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, 8 Februari ini.
Kerjasama itu akan menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini akan dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan penonton di Malaysia.
Dalam satu pratonton khas, media dan tetamu jemputan telah dipertontonkan dengan demonstrasi mengagumkan teknologi yang digunakan dalam OlaBola The Musical, seperti paparan pemetaan #D, bunyi sekeliling 360 darjah, visual animasi dan teknologi pencahayaan paling terkini.
"Kami berbangga menjadi rakan digital rasmi untuk pementasan OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan ini. Kisah dalam pementasan ini menggambarkan negara kita dan secara tepat menampilkan kesungguhan, keazaman dan kepelbagaian kita dalam usaha mencapai matlamat bersama.
"Ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat hiburan terkemuka seperti Enfiniti yang tahu mengenai manfaat menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih emersif bagi audiens teater," kata Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad.
Bagi Presiden Kumpulan Enfiniti yang juga pengarah dan penerbit OlaBola The Musical, Datin Seri Tiara Jacquelina, penyertaan Celcom Axiata dalam pementasan OlaBola The Musical merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan landskap industri seni kreatif.
"Ini akan membawa teater ke tahap baru, bukan sahaja di Malaysia atau Asia Tenggara, tetapi ia berkemungkinan pertama kali dalam dunia untuk teater melalui pengalaman seumpamanya," kata Tiara.
OlaBola The Musical diadaptasi dari filem pecah panggung 2016, akan menjadi acara pembuka tirai Istana Budaya selepas menjalani proses renovasi, dan akan dipentaskan selama 32 hari, dari 8 Februari hingga 11 Mac ini.
Tiket-tiket bagi OlaBola The Musical ditawarkan pada harga dari RM50 – RM350 dan boleh dibeli di laman web www.olabolamusical.com.
Pelanggan Celcom layak membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 20 peratus untuk 500 pembeli tiket pertama.
Madiha Abdullah
Thu Feb 01 2018

Tiara Jacquelina dan barisan pelakon utama OlaBola The Musical bersama Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata, Zuraida Jamaluddin, pada sesi pratonton khas, pada Selasa.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah
Keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat.

Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

Salman Rushdie tidak lagi bergantung pada ventilator, sudah boleh bercakap
Keadaan Salman Rushdie kini dilaporkan menunjukan tindak balas positif apabila penulis buku itu tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator dan mungkin sudah boleh bercakap.

Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?
See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB), Selasa depan.

Hamas gesa Israel tamatkan jenayah terhadap Palestin
Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan.

Menjelang PRU15 | Pas terbuka dengan kerjasama, harap tiada tikam belakang
Pas menyasarkan sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mampu dimenangi dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak. Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengulas mengenai kemampuan parti itu dalam mempertahankan 15 kerusi DUN sedia ada yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum (PRU) sebelum ini.

Akta Kerja 1955 | FMBA gesa kerajaan tangguh untuk dua tahun lagi
Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) menggesa kerajaan menangguhkan pengkuatkuasaan Akta Kerja 1995 (Pindaan 2022) bagi tempoh dua tahun. Pengerusinya, Datuk Abdul Malik Abdullah menggariskan tujuh perkara untuk Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan bertindak dalam merealisasikan pemulihan selain menjaga kebajikan semua pihak.

Bantu Usahawan | MARA peruntuk RM400 juta bantu usahawan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM4 ratus juta bagi melaksanakan program keusahawanan dalam usaha membantu golongan itu lebih berdaya maju. Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata peruntukan itu membabitkan kemudahan pembiayaan, penyediaan latihan dan pembangunan.
![[TERKINI] See Chee How kini wakil rakyat bebas [TERKINI] See Chee How kini wakil rakyat bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982541/thumbnails/37622980891660451742775_640x360.jpg)
[TERKINI] See Chee How kini wakil rakyat bebas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN Bebas di Sarawak. Tindakan itu sekali gus mengurangkan kerusi pembangkang kepada lima kerusi. Perkara tersebut diumumkan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dalam sidang media khas di DUN Sarawak dekat sini pada Ahad.

Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini
Peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.

Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.

Kakitangan Celcom di Sandakan positif COVID-19
Celcom Axiata Bhd mengesahkan seorang pekerja di kedainya, bluecube di sini, positif COVID-19.

Carolina Marin sasar Kejohanan Dunia
Pemain Sepanyol berusia 24 tahun itu berkata pertandingan Terbuka Malaysia adalah platform terbaik menguji prestasi permainannya.

Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa
Kerjasama itu menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini itu dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan di Malaysia.

Tangani masalah masa depan bermula sekarang - Khairy
Setakat ini ada 10 aspirasi yang telah dikenal pasti boleh dimulakan dalam tempoh seminggu dua lagi dan tidak perlu tunggu dasar TN50 dilancarkan September nanti

Lee Zii Jia dalam senarai akhir pemain paling berbakat BWF
Selain pemain nombor dua Malaysia itu, empat lagi pemain dicalonkan bagi anugerah itu.

Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020
Celcom Axiata Berhad melanjutkan kontrak selaku penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Celcom tidak akan terlibat dengan perang harga
Celcom Axiata Bhd tidak akan terlibat dalam perang harga dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan.

Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha meraih kejuaraan kali ke-12 pada Terbuka Malaysia.