Lagu Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dinyanyikan sendiri Hael Husaini berjaya membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam ini.
Lagu yang berjaya memukau juri dan penonton tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.
AJL32 turut menyaksikan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan yang didendangkan Azmi Caliph Buskers meraih tempat kedua dan sekali gus menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi dan baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.
Manakala tempat ketiga diraih lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu yang dinyanyikan Haqiem Rosli membawa pulang RM20,000 beserta trofi dan juga baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.
Kesungguhan Altimet mempamerkan persembahan berbeza dengan persembahan 'ala-pahlawan Melayu' membawa tuah apabila lagu Amboi menepati ramalan muncul sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik sekali gus memenangi trofi, baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000, telefon pintar Samsung S8 dan wang tunai RM12,000.
Gandingan mantap juara program Duo Star, Syamel dan Ernie Zakri pula diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik menerusi duet Aku Cinta ciptaan sepenuhnya Syamel yang membawa pulang RM12,000 beserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM2,000.
Sementara itu, Khai Bahar yang mempersembahkan lagu Bayang turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.
Pentas anugerah yang bertemakan 'Fesyen dan Muzik' turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyaksikan acara anugerah itu.
Antara lagu yang turut dipertandingkan di pentas AJL32 ialah Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan sepenuhnya Ajai); Akhirnya Cinta, nyanyian Salma dan ciptaan Ajai dan Slen; Aku Yang Sebenar - Hazama The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad); Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz); Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran) dan Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq).
Persembahan pada malam ini diadili 10 juri profesional yang diketuai komposer Azmeer.
Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara itu turut diserikan dengan penampilan Stacy dan Waris yang menyampaikan tiga lagu iaitu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.
AJL32 yang menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik turut menampilkan Datuk Awie, Siti Sarah, Datuk Jeffrydin dan Datuk A Rahman Hassan yang turut membuat persembahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2018

Hael (kanan) ketika berucap selepas menerima trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 malam ini. Instagram @tv3malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'
Pemain e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam.

3 pelajar dihantar ke Henry Gurney kerana laku amang seksual terhadap rakan
Ketiga-tiga pelajar sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun diarah menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri
Ismail Sabri menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa KKM memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.

Tiada PM Bersatu jika tiada 'Kluster Mahkamah' UMNO - Ahmad Jazlan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada 'Kluster Mahkamah' UMNO.

AWANI Ringkas: Tottenham Hotspur pecat Jose Mourinho
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibrahim Sani's Notepad: Maybank's ESG Compendium
Maybank Investment Bank has published their ESG Compendium. Ibrahim Sani speaks with Anand Pathmakanthan as he shares more about the thinking behind the ESG Compendium, Maybank IB's maiden ESG Portfolio, and how they are helping their clients' ESG investing journey.

Polis trafik maut motosikal rempuh tiang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang Plaza Tol Pulau Pinang di sini, pada petang Isnin.
![[TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri [TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900597/25447325821618840718590_640x360.jpg)
[TERKINI] SOP Pergerakan Rentas Negeri
Ikuti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung SOP rentas negeri. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis - Polis
Permohonan pergerakan yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak diluluskan kecuali urusan kecemasan dan kematian.

Altimet dedah cubaan Iqram Dinzly muncul ketika persembahan
Altimet yang dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik mendedahkan kejadian tersebut di akaun Twitter miliknya.

Jampi Hael Husaini menjadi, bolot trofi juarai AJL32
Lagu yang memukau tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.